jom terjah

Thursday 29 March 2012

semuda usia dalam realiti

بسم الله الرحمن الرحيم

mama letih la sekarang ni banyak sangat fikir masalah orang.. sekarang pun baru selesai tolong sepupu dengan macam mana mohon u lepas spm ni.. dengan abang, adik belum lagi..kita kena tolong dia..
    mama : buat apa fikir masalah orang selesaikan dulu hal sendiri baru tolong orang.. masalah sendiri pun belum selesai dah fikir macam-macam kan..
bukan macam tu mama.. tapi kita ni kesian kalau tak tolong sepupu tu..mama..tahun ni sepupu, tahun depan abang pula, lepas tu kakak pula lepas tu adik lagi..
    mama : erm..
mama abang kan tahun depan spm, next year after abang kakak pula spm nanti adik pula..kita juga la kena applykan u untuk dia..
   mama : tak apa lah tolong la selagi mampu dan tak membebankan
rupanya kita sudah "tua" ye mama.. abang 16tahun sekarang..belum lagi kita grade abang pula nak masuk u kan mama..rasa macam tak percaya anak along sudah besar-besar semuanya.. acik dia ni yang masih lagi rasa muda, kecil lagi..
  mama : ingat tak sedar la acik dia ni sebenarnya da "tua"..masih lagi manja-manja macam adik je..adik lagi matured dari kakak..macam mana ni anak mama..tengok anak-anak saudara awak semua da besar..

~oh..sudah "tua" rupanya..masih lagi tidak sedar diri..anak buah da besar panjang sekarang..rasa macam baru semalam jaga budak-budak kecil tapi hari ini da boleh jadi kawan~

~~masa yang berlalu ada masanya kita tidak sedari bahawa ia tidak digunakan sebaiknya sehingga mensia-siakan sahaja ia berlalu tanpa diisi dengan baik :)

Monday 19 March 2012

majlis akad nikah berjalan lancar

assalamualaikum
   alhamdulillah setelah lama menanti dengan "berdup-dap" jantung menghela nafas menanti hari tiba akhirnya dengan izinNYA akad nikah sah dengan bergelar isteri kepada jejaka bergelar suami.
   seperti dalam alam imaginasi membayangkan ianya telah menjadi satu realiti yang tidak lagi dapat diubah dan juga tidak lagi dapat diundurkan masa untuk mempercayainya.
    seperti baru semalam berkenalan namun hari ini sudah menjadi kepunyaan sah si suami.
walaupun majlis semalam namun perasaan masih lagi mamai seolah ia bukan realiti.
   menitis air mata seorang rakan melihat insan yang disayangi akhirnya mengecapi kebahagiaan yang pastinya lama diharapkan dan sudah semmestinya kebahagiaan yang diinginkan setiap insan bergelar wanita.





sepanjang majlis akad nikah berlangsung di masjid dan juga di rumah.

tahniah kepada insan yang kusayang Nawal Iffah Syakirah Kamaruzzaman selamat diijab qabul dengan ahmad huzaili. semoga bahtera yang dibina akan berkekalan sampai ke syurga. buat kalian sentiasa akan ku doakan yang terbaik..

sekian buat kali ini..
wassalam... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...