jom terjah

Wednesday 27 July 2011

berat kaki melangkah tiba, berat juga melangkah pulang ( Program Pembangunan Modal Insan Yayasan Bank Rakyat 2011) Part 1

salam
walaupun program Pembangunan Modal Insan hampir 4 hari melabuhkan tirainya untuk sesi 2011 namun kenangan yang terpalit di ingatan membuatkan saya tetap bertegas ingin berkongsi cerita apa istimewanya program tersebut dimata saya juga rakan-rakan yang lain.

    
dibawah anjuran Yayasan Bank Rakyat sesi kami yang sepatutnya melibatkan 45 orang peserta hanya dihadiri oleh 27 orang sahaja disebabkan kekangan yang kami sendiri belum dapat memastikannya. 
       pada awalnya jika ditanya mengapa kami menghadirkan diri ke program tersebut ramai juga yang terkial-kial memikirkan jawapan apa yang kelihatan manis didengari kerana hakikatnya masing-masing mengikuti program tersebut kerana ia adalah pra syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat. 
       slot pertama kami bersama En Mushin pegawai YBR bersama rakannya dan juga kak Nurul. pada awalnya kami di minta untuk mengingati kesemua 27 nama dalam masa yang di tetapkan.. berat hati untuk melakukan namun tetap kami cuba sehabis baik. hari pertama kami di katakan kurang bermaya seolah-olah jasad berada di Mardi, Serdang namun fikiran dan hati masing-masing melayang entah ke mana.
       hari kedua kami slot diambil alih oleh Rebutia Excellent Consultancy bermula seawal solat subuh.
masing-masing agak terkejut dengan kehadiran En Nizam dan Puan Dyna serta krew yang lain pada pagi yang agak tenang ketika itu. riadah dan senaman pagi yang cukup kurang bertenaga seakanakan tidak ikhlas menghadirkan diri pagi itu.



beberapa aktiviti pagi selasa bersamaan 19 Julai 2011.

       kami di gemparkan dan di hiburkan lagi pada slot kedua bersama Puan Dyna dan En Nizam yang mengajar kami membuat jet (or kapal terbang) kertas. pada awalnya memang suka-suka saja kami membuatnya. namun ada yang tersurat dan ada yang tersirat setiap apa yang kami lakukan bersama Rebutia Excellent Consultancy selama 3 hari. apa yang kami perolehi tidak dapat diluahkan dengan kata-kata kerana banyak yang kami telah fahami.
jet (kapal terbang) kertas diterbangkan


antara persiapan ketika Formula 1 Pit Stop




 aktiviti yang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk menenal pasti bentuk asal dan membina 1 bentuk yang sama tanpa meniru.


 kesepakatan diantara kami 


 try la seimbangkan badan


 urutan spa free..mari-mari cuba




 beberapa aktiviti lain bersama Rebutia Excellent pada hari pertama bersama mereka.






     aktiviti yang benar-benar menguji kebersamaan kami walaupun hanya baru 2 hari kami bersama dan masih juga tidak mengenali diantara 1 sama lain dengan baik.

hari ketiga iaitu hari kedua bersama Rebutia Excellent Consultancy tirai dibuka dengan beberapa aktiviti yang perlu kami lakukn bersama sebagai peserta program Pembangunan Modal Insan Yayasan Bank Rakyat. Antaranya......

kami perlu menyambungkan batang paip yang diberikan supaya dapat mengalirkan air untuk mengeluarkan sebiji bola didalam batang paip yang besar.



 kami perlu memulakan langkah bersama dan menamatkan bersama didalam bentuk-bentuk yang telah di tetapkan mengikut bilangan kaki yang perlu ada pada satu-satu masa


menguji kebolehan kami seimbangkan bola dan membawa bola ketempat yang telah ditetapkan dengan faktor angin yang yang ada sebagai halangan.

 beberapa cabaran explorace yang perlu dilakukan sebagai checkpoint untuk menamatkan game.














pada malamnya kami bersama-sama menyanyikan lagu sempena ulang tahun kelahiran rakan-rakan.


inilah mereka..

sekian saja part 1 dari saya. part2 akan menyusul kemudian apabila tiba masanya nanti. sekiranya ada tersilap nama kata-kata atau apa juga harap maaf. juga kepada sesiapa yang tidak suka ada gambarnya disini atau pun tiada langsung gambarnya harap maaf juga... :)

Thursday 14 July 2011

hOmEsIcK??!

salam
hari ini kita berkongsi cerita mengenai homesick pula. homesick "sakit rumah" ke? haha.. sudah pastinya iyelah.. atau lebih kita tafsirkan sebagai rindu rumah.. teringat-ingat rumah yang dirindui. atau senang kata tidak boleh pergi jauh dari rumah atau teringat-ingat sentiasa.
       kenapa homesick? adakah kerana memang saya homesick? erm...entah la kan... tetapi yang penting kita akan berkongsi mengenai homesick. ada kawan-kawan kata saya ini homesick yang teruk sebab akan balik ke rumah terlalu kerap apabila duduk jauh dari rumah.
        fakta atau auta perkara ini? saya pun tidak dapat menjawab lagi.. namun saya juga tidak menafikannya. kerana saya sendiri tidak begitu memahami diri saya. betul ke?
        saya tidak dapat menjawabnya. jika ada yang merasakan saya begitu sila lah bagi komen anda..
hahaha... :)

Saturday 9 July 2011

saat berlalu

salam
hari ini saya ingin berkongsi sedikit luahan rasa yang telah dan akan saya lalui beberapa hari ini. saat cuti sem kira-kira 2 bulan pelbagai aktiviti yang dirancangkan untuk dilakukan. namun pada masa ini, saat in belum lagi saya dapat laksanakan memandang tidak berkesempatan lagi.
      walhal, ingin sekali saya lakukan. saat ini masa saya perlu dihabiskan di nilai lagi memandangkan belum berkesempatan pulang ke rumah. menanti kakak dengan hari cutinya sudah pastinya agak lambat untukku pulang ke rumah..
      bertambah lagi saya akan berada seminggu jauh dari mummy abah dan keluarga yang lain bermula 18 julai ini hingga 23 julai berikutan satu kursus suai kenal yang harus saya ikuti. hati dan perasaan bercampur baur.. mana tidaknya, hati sudah berada di rumah jasad belum berkesempatan lagi.
      ingin sekali menghabiskan masa bersama rakan-rakan baik saya, nawal, izazi, fadhilah, atiqah macam-macam perancangan sepanjang cuti ini. namun belum tiba masanya. sekali lgi harus hati ini dicekalkan supaya tiak bersedih.
      apa yang harus dilakukan adalah hampir sama setiap masa menunggu saat-saat pulang ke rumah. ikutkan hati mahu saja pulang sendiri menaiki motorsikal itu, namun harus saya fikir apa nanti mummy dan abah rungutkan apabila sampai dirumah.. mengalah lah... biar saja menunggu. pasti sampai masanya nanti. mungkin dalam masa beberapa hari ini akan masa saya dihabiskan di seremban.
    tidak pulang ke rumah seremban pun ok juga. nilai labu seremban pusingan hari-hari saya berlalu saat ini. mungkin ada baiknya juga
sekian saja coretan hari ini...

Sunday 3 July 2011

terima kasih semua

salam
     sepanjang short sem ini ramai yang telah membantu dan menyokong saya dari belakang dengan apa jua kejadian yang telah menimpa saya....terima kasih diucapkan kepada semua terutamanya mummy, abah, dan semua keluarga yang lain... tidak lupa juga kepada Siti Nabilah Pakhruddin, Nurul Ghraniah Sarkon, Anis Nadhirah, Jannatun Ain, Nur Aqeela, dan rakan-rakan lain kerana banyak membantu sepanjang short sem ini. paling special kepada NAWAL IFFAH SYAKIRAH, NURUL IZAZI ZAKARIA, FADHILAH IDRIS, NURUL ATIQAH kerana banyak memberi sokongan dan nasihat yang sangat bermakna buat saya.. juga buat Razlinda Zailan, Norazlin idris terima kasih, sayang kamu...
   sepanjang short sem lebih kurang hampir 2bulan, banyak perkara yang telah terjadi. adakalanya terpaksa menyusahkan rakan-rakan yang lain... maaf kerana banyak membebankan kalian.. maaf juga buat Siti nabilah dan Nurul Ghraniah kerana membiarkan kalian berlonggok dengan assignment... harap kalian mengerti situasi saya..
    sepanjang short sem ini juga, kerap kalinya saya balik ke rumah.. menyebabkan kalian perlu menggantikan tempat saya untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh... banyak perkara yang perlu saya jelaskan pada kalian.. namun ada yang tidak lagi berkesempatan.. terima kasih kerana kalian sangat memahami saya..  insyaAllah satu hari dengan izin Allah saya akan membalas kalian.
    banyak perkara tidak terduga berlaku sejak kebelakangan ini.. perasaan dan hati sudah lama berada di rumah... bertambah pula dengan perkara-perkara emergency  yang berlaku banyak menimbulkan kekalutan kepada saya..
    terima kasih kerana kalian sudi membantu saya dan kalian rakan yang sangat memahami.. terima kasih semua... insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kalian kerana membantu memudahkan urusan saya... Amiin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...