jom terjah

Thursday 26 January 2012

alhamdulillah sudah sampai masanya

assalamualaikum semua..
hari ini saya ingin meluahkan rasa syukur mendengar satu berita yang amat memeranjatkan apabila bestfriend akan melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi. syukur kepada illahi kerana memudahkan urusan Nawal Iffah Syakirah Kamaruzzaman setelah lama menanti insan yang tepat untuk dijadikan pembimbing dan imam buat dirinya.
   tahniah buatnya walaupun masih ada beberapa bulan sebelum bergelar isteri kepada yang 'bertuah' tersebut. justeru teringat kata-kata zaman budak-budak meningkat dewasa "agak-agak siapa diantara kita yang akan kahwin dulu..." sekarang sudah jelas jawapannya.
    rasa gembira sangat mendengar berita dari insan yang kita sayang. hanya perasaan sebagai seorang kawan masih lagi termangu-mangu adakah benar seorang insan bergelar bestfriend akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi...? seperti seolah-olah mimpi rasa semalam masih lagi bergelak bergosip sana sini.
     namun apa yang dapat dilakukan doakan yag terbaik buat dirinya agar dia mampu mengharungi hari-hari mendatang dengan baik dan penuh kesabaran serta keikhlasan.
    buat sahabat yang disayangi yang lain sesungguhnya ingatlah walaupun jalan kita sudah hampir diakad nikahkan namun jika Allah kata sampai disitu jodoh kita dengan si dia pastinya bersabarlah kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita. dan ingatlah juga perkara yang berlalu mampu menjadikan kita kuat menghadapi ujianNYA..
    buat yang bakal atau yang sedang mengenali hati budi masing-masing ingatlah sesungguhnya sejauh mana dan sekeras mana kita berusaha mendapatkan namun jika belum tiba masanya maka dia bukan jodoh kita yang telah ditulis terbaik buat kita.. dan pastinya berdoa adalah satu-satunya jalan yang paling terbaik..
alhamdulillah...
    kepada semua harap maaf sekiranya coretan kali ini mungkin ada yang terasa di hati atau ada yang mungkin berasa saya tidak sesuai membahaskannya..
    sekian saja wassalam..

Wednesday 18 January 2012

cHILdish...

assalamualaikum
kali ini just nak berkongsi sedikit pendapat.
  ibu bapa sentiasa mengatakan anak mereka manja. walaiupun umur sudah lama mencecah alam 20-an namun bagi mereka anak mereka masih lagi kecil dan perlu dimanjakan. namun, realitinya walaupun mereka tidak manja dan bersifat 'childish' sesetengah ibu bapa masih lagi akan melayan mereka sedemikian.
   mungkin bagi yang terbiasa dimanjakan serigkali tidak akan sedar bahawa mereka bersifat sedemikian. hakikatnya sifat itu terbawa oleh layanan yang diberikan oleh ibu bapa.
   adakalanya juga anak akan lebih manja dengan ibu berbanding ayah mereka disebabkan beberapa faktor. namun mereka sendiri akan menyedarinya.
   bagi seorang ibu melayan kemanjaan anaknya pasti usaha untuk tunaikan apa yang dipinta. jika tidak mereka akan merajuk atau menangis. (walaupun mereka sudah berumur 20-an) adakalanya sikap mereka seperti tidak matang. namun itu hanya ditunjukkan dan diluahkan kepada ibu bapa mereka saja. menunjukkan kasih sayang dan perhatian mereka.
   adakalanya apabila mereka kecewa dan bersedih merekamampu menangis dimana saja apabila meluahkan kepada ibu bapa mereka. bukan untuk meminta simpati orang yang melihat, hanya sekadar meluahkan  kepada ibu bapa saja.
   mereka bukan tidak matang bagi individu yang sudah meningkat dewasa. namun mereka menunjukkan kasih sayang mereka dengan cara yang demikian. kelihatan seperti kanak-kanak dan adakalanya seperti mengada-ngada apabila dilihat. pada realitinya mereka membuatkan diri mereka semakin akrab dengan ibu bapa mereka.
   p/s : pada individu yang sedemikian pasti akan sedar seperti apakah mereka sebenarnya. :)
          (macam kenal)
sekian saja topik hari ini, wassalam..

Thursday 12 January 2012

so sweet.....!!

assalamualaikum semua
hari ni nak story satu cerita pada semua. memang sweet sangat tengok life akak ni. walaupun banyak dugaan yang dia kena hadapi, tapi manisnya lebih lagi dari yang kita tau. teruja tengok life dia. macam sangat seronok tau..
   akak ni just married dalam 2bulan lebih kurang la. yang diberitahu dia hanya kawan tanpa sebarang ikatan dan terus bernikah atas persetujuan dan diredhai oleh kedua ibu bapa. kahwin dengan perancangan yang agak complicated sebab semua bakal pengantin pasti ingin yang terbaik buat hari bahagianya kan. lagi-lagi akak ni dalam tahun last da sekarang ni..
   dapat juga undangan tapi memang tak ada rezeki nak datang majlis dia. lepas majlis berseri-seri je tengok muka dia. macam seronok akak-akak lain kata.. bahagia dapat disatukan dengan orang yang sangat dikasihi memang la sangat bahagia buat akak ni..
  kenapa kata sangat sweet nak tau akak ni katanya hampir setiap hari makan maggi lepas kahwin mungkin sebab tak nak bebankan suaminya lepas kahwin. yela baru guna banyak duit untuk majlis tu kan. tapi sebab tak nak bagitau suami, dia akan menangis kalau ada masalah. memang bagitau suami dia. penat-penat pkul 2 3pagi pun suami dia akan ambik dekat rumah sewa walaupun esoknya kena pergi kerja lagi.
   ada satu hari akak ni menangis sebab LI dia tak dapat setle lagi. dia kena buat surat lagi online print and submit lagi dekat company lain. dia menangis teruk-teruk sebab dia tak ada laptop pun. dia tak nak pinjam kawan lain segan kot. lastly at midnight suami dia datang ambik balik rumah tolong setlekan apa yang patut. akak-akak lain kata biasala ada suami sayang. sweet kan suami dia.
    akak ni setiap kali balik akan bawa bantal busuk dia. suami dia ok je. siap sekarang ni suami dia da belikan laptop baru untuk akak ni. sweetnya suami dia tak nak akak ni menangis lagi.
   kadang-kadang akak ni baru balik nilai pagi tadi petang tu suami dia balik kerja da ambik lagi. penat kan kalau tengok suami dia kena berulang alik. sweet kan suami dia.
  akak-akak lain kata untung dapat suami macam akak ni. memang sangat sweet suami dia. kadang-kadang memang saja datang nak tengok isteri dia ok tak hari tu. memang sangat sweet tengok akak ni. boleh dikatan akak ni bercinta lepas kahwin la sebab dia tak kenal lama pun.
   sangat sweet suami dia. itu bagi akak ni yang memang jodoh dia kan. tapi siapakah jodoh kita pula yang belum tahu siapa ni. berdoalah agar jodoh dipermudahkan untuk dipertemukan, tiada dugaan yang terlalu berat macam kawan ni, banyak sangat dugaan dia sebelum jumpa 'tunang' dia hari ni. berdoalah juga Allah akan dekatkan kedua-dua hati agar perasaan untuk satu sama lain sentiasa ada. dan terakhir paling penting juga berdoalah agar insan yang bakal dijadikan teman kita adalah insan yang direstui oleh kedua ibubapa. walau sebaik mana dia, tapi tak direstui perhubungan memang tak akan bahagia.
   sudah berlebih story hari ni. sekian saja buat malam ni.. wassalam.. :)

Monday 9 January 2012

pelangi di kala senja (part 2)

"miah, kenapa susah sangat aku nak lupakan dia? aku kan dengan firdaus sekarang manakan elok aku menyimpan hati pada insan lain" luah anna pada kawannya miah.. miah " anna bukan ke mak awak tak restu awak teruskan hubungan dengan dia...kenapa tak awak terus terang saja pada dia situasi awak sekarang?? sambung miah lagi.. "mungkin firdaus bukan untuk awak....tapi siapa tahu mungkin hadi untuk awak" tersentak aku mendengar kata-kata miah " apalah awak ni miah kata macam tu pula.. tak mungkin la..perasaaan saya saja tu" saja aku menafikan kata-kata miah.. "apalah awak ni..jodoh semua Allah yang tentukan. kita tak tahu pun siapa yang ditentukan untuk kita kan" kata-kata miah membuka sedikit fikiranku..
    "erm...tapi tak kan saya tinggalkan firdaus. awak tahu berapa lama dia sanggup menunggu saya.. saya tak sampai hati nak buatkan dia frust. dia da tak ada siapa lagi" "anna cubalah cari kebahgiaan awak bukan simpati pada orang" terdiam aku mendengar kata-kata miah.
    'saya terima apa saja yang mak awak katakan mengenai saya', kedengaran suara firdaus memecahkan suara ombak pantai morib. 'saya tidak sebaik yang mak awak mahukan" sambungnya lagi. "bukan itu maksud mak....." belum sempat aku menyudahkan ayatku "jangan awak risau sudah tentu awak boleh dapat yang lebih dari saya" membuatkan aku terkedu mendengar kata-katanya. berlalu firdaus meninggalkan anna ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. tidak terkata anna dibuatnya. anna hanya terngiangkan kembali kata-kata firdaaus sebentar tadi.
     anna, "macam mana mak. firdaus da tak nak ada apa-apa. anna ingat tak kan kawan pun tak boleh. apa anna nak buat sekarang ni mak?? bertubi-tubi persoalan diacukan pada ras ibunya. "anna sayang, itu yang firdaus mahukan. kamu da cakap dengan cara yang baik. biarkan dia berlalu. mungkin itu yang terbaik buat masa sekarang. kamu teruskan saja study lagi penting kan sayang" kata-kata ras sangat menenangkan hati anna.
mungkin itulah yang terbaik buatku untuk saat ini.. baik aku teruskan fokus pada pelajaranku. ia tidak akan mengganggu masa-masa aku. pasti ia akan berlalu dengan sangat baik. "detik hati kecil anna untuk menenangkan kecelaruan hatinya..
                                   akan datang part 3.....:)

Sunday 1 January 2012

teruk sangat ke..???

assalamualaikum buat semua..
  teruk sangat ke keadaan sekarang sampai semua risau tengok saya ni ha...biasa la orang tak sihat sangat kata mummy..
jiran kata dengan mummy da terlampau kurus sangat la dia sekarang..akak cuba lah bawa dia pergi berubat..da lama sangat dia demam tu kak..
padahal hati kata kurus ke..macam still berisi lagi je..takkan la pula berat turun lagi...hai pelik juga la..
  mummy kata dalam 2 bulan da kita ni tak sihat..bila kira-kira balik ye la memang betul pun da terlalu lama..tapi badan ni kata ok je lagi sekarang ni...
dibuatnya sampai sanggup pergi rumah along pagi-pagi cari penimbang nak timbang berat badan ni ha kalau-kalau turun lagi sampai da ramai sangat tegur..
  betul ke semua tu..tapi saya rasa masih perlu turunkan lagi berat badan ni..hehehe...:)
yang penting semua jangan risau ye sesungguhnya saya sangat sihat sekarang ni..
sekian terima kasih kerana baca....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...