jom terjah

Wednesday 29 February 2012

hati menangis

assalamualaikum semua
alhamdulillah kali ini dapat sekali lagi meninggalkan sedikit coretan bersama.
  bukan hanya sekadar kata-kata yang bakal diungkapkan namun jika dapat dimanfaatkan dan diamati bersama mungkin lagi baik bunyinya.
  sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi yang beragama islam sudah pastinya akan menerima dan menghadapi pelbagai jenis ujian dan dugaan yang sedikit sebanyak mampu menggoyahkan hati masing-masing. hanya ketabahan mampu membuatkan kita kelihatan begitu tenang walaupun didalam kesusahan yang datang.

  adakalanya hati terasa seolah-olah merintih dan menangis seperti dikhalayak ramai menghadapi dugaan yang datang. tapi tetap dicekalkan hati dan ditabahkan jua dengan berserah dan berdoa agar dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam apa jua yang bakal menimpanya.
   Allah maha berkuasa dan DIA tidak membiarkan kita menangis dengan sia-sia. pasti ada jalan penyelesaian yang DIA beri dengan pelbagai cara yang kita tidak sedari.
  apatah lagi hamba yang bernama wanita. dikurniakan hati yang sangat lembut dan lemah apabila diuji dengan sedikit ujian. kelihatan muka mampu dibiarkan tenang dan senyuman mampu diukir walaupun hati sedang menangis. payah dan sukarnya untuk bertahan. namun hati tetap mampu menanggung kepahitan yang berlalu.
  bahkan adakalanya tidak kita sedari bahawa sekitar juga adalah ujian buat kita yang mana mungkin kita dikhianati atau mungkin kita disakiti hanya kita yang tidak menyedari setiap sesuatu.
  mengharapkan sesuatu yang terbaik dengan keberkatan doa dari kedua mama abah dalam mencari keberkatan hidup.
   sekian wassalam.. :)
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...