jom terjah

Saturday 18 February 2012

sebulan berlalu

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
salam sejahtera kepada semua pembaca menghabiskan masa dengan terbaik.
      sekadar berkongsi secara tersurat sepanjang cuti semester yang "dianugerahkan" kepada students universiti selepas hampir 6bulan mengerah tenaga dan usaha untuk "berperang" di medan peperiksaan dan diaplikasikan dalam hidup.
    coretan kali ini hanya mengkhabarkan kalian dan "menconteng" sedikit laman blog ini yang sudah lama tidak diusik. insyaAllah sebulan yang berlalu dapat dihabiskan dengan penuh bermakna. dan pastinya akan lebih bermakna pada hari esok yang pastinya lebih baik dari hari ini.

ini adalah satu "aset" yang agak penting bagi sesetengah pengantin dalam majlis bahagia buatnya begitu juga kepada rakan yang mengnakan tema di atas.

hampir setiap hari-hari masa lapang akan dihabiskan di sini bersama yang tersayang..mama dan abah..kakak-kakak dan adik juga abang..adakalanya juga anak saudara.

satu "kerja" yang agak memenatkan untuk menjaganya. namun satu "kerja" yang menghiburkan dengan kerenah dan telatah yang mencuit hati

teman yang sentiasa ada walaupun jauh di rumah. main "perang-perang" macam ultraman atau seumpamanya memang tidak boleh dipisahkan.

erm..heheh..adakalanya kita akan kelihatan berkelakuan seperti kanak-kanak yang baru berusia 5tahun dimana sifat ingin tahunya tinggi. namun hakikatnya umur sudah hampir mencecah 21tahun (betul ke...) walau bagaimanapun inilah kebahagiaan yang menyenangkan. setiap apa yang kita lakukan apabila diniatkan untuk perkara dan jalan yang betul pasti hasilnya membuahkan dan segalanya mudah.
     sekian "contengan" hari ini yang terfikir di fikiran insan yang kerdil.
wassalam..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...