jom terjah

Monday 30 May 2011

dugaan Allah

sebelum bicara dimula salam dihulur.
Assalamualaikum...




apabila berbicara tentang dugaan Allah yang diberikan kepada hambaNya tidak kira la siapa orangnya pasti pelbagai bentuk dugaan yang telah diberikan Allah untuk menguji hamaNya.. apabila berkata tentang jenisnya pasti pelbagai jawapan yang akan diberikan dan pasti pelbagai jawapan yang akan kita perolehi.. yang pastinya dugaan yang diberikan selalunya membuatkan kita lemah xbermaya tak tertanggung apa yang telah diberikan. sedangkan ianya adalah dugaan sangat sesuai untuk kita kerana Allah tahu kemampuan kita untuk menghadapinya..




  selalunya kita akan menangis apabila dugaan yang datang tidak tertanggung.. terutamanya perempuan.. dugaan berat yang diberikan antaranya boleh dijadikan iktibar apabila kawan menganiaya rakan baiknya sendiri dengan cara yang agak "jahat".. seperti apa yang terjadi mungkin disekeliling kita apabila semua yang kita ada digunakan bersama, dikongsi dan dimanfaatkan bersama disalah gunakan.. selalunya ia akan berlaku apabila masing-masing mula menunjukkan belang "berbelang-belang" mereka itu dengan cara yang tiada perikemanusiaan. pada awalnya kawan kerana berkawan itu adalah sesuatu yang baik.. namun dikatakan berkawan kerana ingin mengambil kesempatan ke atasnya. ada juga yang mengatakan berkawan kerana kita tiada kawan lain dan terlalu bergantung padanya. walhal, tanpanya keadaan adalah lebih mudah namun telah dijadikan keadaan menjadi begitu rumit. dan menjadikan salah faham dalam situasi yang tidak sepatutnya. dan selalu membuka aib orang lain dengan cara yang agak menyakitkan hati.






  apabila dikatakan apa yang dilakukan menyebabkan mereka kelihatan seperti manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan ini terjadi apabila hari kuliah kita menumpangnya dalam keadaan jadual yang berbeza. seharusnya apabila jadual tidak sama waktunya dan tempatnya pastinya kita akan mendahulukan orang yang menumpang dengan kita dan pastinya itu adalah sesuatu yang sangat mulia. namun lain yang kita sangka lain pula yang jadi... mengapa dikatakan demikian?? ini kerana perkara yang sepatutnya berlaku tidak pun berlaku..bahkan lain pula jadinya.. dibuatnya lagi lambat ke kuliah... untungnya bukan lecturer yang straight kn... kalau tidak bolehnya kena halau keluar kelas nanti..
  belum lagi kes yang ditinggalkan.. hai sedihnya kalau dengar siapa yang jadi mangsa keadaan 2.. bukan salah dia kenapa ditinggalkan tanpa sebarang information.. tak ke terumbang ambing orang tu kn.. entah la...nk kata kejam tak baik kn kata macam 2... sebab kawan.. habis yang jadi mangsa tu macam mana?? teraniya la dia... bukan dia yang minta untuk menumpang.. tapi kerana diajak.. sampai hati permainkan kawan sendiri macam tu...




  hal macam ini belum lagi time kawan tu demam, lagi la xtanya khabar pun.. macam mana la boleh ada orang yang tak hati macam tu.. kalau perempuan yang buat kawan sendiri macam tu nanti esok2 dia boleh buat orang lain lebih kejam dari tu.. yaAllah lembutkan lah hati orang itu dan berikanlah kesabaran kepada yang menjadi mangsa.. bila difikir-fikirkan balik ada juga kawan yang langsung tak ambil peduli lapar ke kenyang kawan dia, ok ke tidak, sihat ke tidak, selamat ke tidak, ne dia pergi, macam-macam la... sampai kalau dok satu bilik dia balik ke tidak buat xtahu je macam dia tak wujud kt situ.. Astagfirullah hal 'azim... kasihannya kawan tu... langsung tidak diambil peduli...
semoga Allah membuka hati insan yang bersifat demikian dan melembutkan hati mereka agar menyayangi orang lain seperti dirinya sendiri tanpa sebarang penganiayaan... Amiin....






ini hanyalah sebagai renungan kepada kita yang bergelar insan muslim..

Wednesday 25 May 2011

alhamdulillah

baru beberapa minit yang lepas kak sms menanyakan adakah aku comfirm untuk ambil lesen memandu bulan 7 nti.. alhamdulillah mummy izinkan ku untuk mendaftar bagi mengambil lesen memandu.. ahh.. leganya rasanya mummy da bagi kebenaran yang telah ku tunggu2 beberapa tahun lepas.. insyaAllah jika tiada hala melintang akan ku menyelesaikan lesen memandu secepat mungkin... :)

itu saja story hari ini....

Tuesday 24 May 2011

minggu yang penuh membebankan

terasa sangat terbeban sekarang ni dengan keadaan yang macam-macam hal yang belum setle lagi... oh pening-penig kepalu ku da ni... banyaknya yang belum setle..orang lain relax2 je kot...hai........

Sunday 22 May 2011

hiasan hari ini.


home made laksa, my favourite

ini masakan hari ini. dimana jay sendiri yang masaknya. suka sangat sbb favourite kn.. xkisah la kn.. nmpak sedap kan.. mesti la...tgk siapa yang masak... :)

Wednesday 18 May 2011

secebis nukilan

hari-hari yang ku lalui penuh dengan liku-liku tajam yang aku sendiri tidak ketahui,
dihadapan ku insan-insan yang sentiasa ada di sisi,
di sebelah ku rakan-rakan yang banyak memberi sokongan,
di belakang ayah & ibu yang di sayangi,
di mata ku insan yang berjaya menggegarkan hati ku,
jauh dari ku yang aku tidak ketahui.

setiap detik ku cuba aku penuhinya, 
dari kekosongan yang bakal merundum masalah pada ku,
setiap hari ku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, 
yang bakal membuatkan ku terhibur tanpanya,
kerana ku yakin tanpanya aku bisa berdiri,
malah lebih kuat untuk tampak teguh dihati.

janji-janji yang pernah diterima dulu,
cuba aku lupakan,
kerana janji itu janji palsu, 
yang tidak mampu ditunaikan sama sekali olehnya,
janji yang pernah membuatkan aku berharap,
yang pernah membuatkan aku lemah xbermaya,
kini menjadi satu kekuatan pada ku,
berdiri dengan sendiri dan aku mampu.

setiap apa yang berlaku cuba aku harungi, 
dan juga aku berjaya sedikit demi sedikit,
hari ini aku jua yang ada dengan lebih semangat,
dan keyakinan yang baru,
bahawa aku tidak boleh berharap dengan,
janji-janji kosong yang tidak ada harapan tertunai.

nukilan  ku...

jadual ku bakal penuh

salam..
kali ni nak cerita pula tentang jadual ku yang akan datang untuk cuti sem yang bakal bermula bulan 7 nanti telah penuh dengan pelbagai aktiviti..
   1st sekali paling penting kena p kursus + seminar di serdang kerana telah menerima tawaran yayasan bank rakyat.. ada lagi banyak offer yang lain... tapi telah ku yakini bahawa inilah yang terbaik buatku.. insyaAllah Allah akan permudahkan jalanku untuk apa yang akan aku lakukan. kursus yang akan berlaku selama seminggu ni bermula 18-23 julai akan datang.. jadi kena lah persiapkan diri untuk menempuh kursus ini dengan baik..
   2nd perkara yang paling ingin sangat aku lakukan adalah ambik lesen kereta + motor.. yaAllah lama da sangat aku nk ambil lesen itu namun bukan rezeki kerana mummy tak izinkan ku untuk melakukannya. kasihan kan.. mummy tau apa yang terbaik buatku... jadi aku xkisah pun.. hehe... hopely kali ini mummy akan izinkan..teringin sangat nk ambil setelah hampir 3tahun aku drive without lesen kan..
   3rd perkara yang ingin aku lakukan adalah nak jahit baju untuk baju raya ku.. baju xsiap jahit lagi.. gunting kain da, just jahit je nanti... tapi xsempat lagi pun.. da lama xsempat je.. cuti nanti kena setlekan jahit.. i should! heheh.. tahun ni xtau la apa tema kami adik beradik.. tunggu jela apa kakak kata nanti.. sbb hampir semua perkara untukku adalah apa yang telah mummy, or abah, or kak setuju.. flow duit pn kakak.. so best kan orang da arrange kn... heheh...

cukup la kali ni.. nanti sambung lagi ye...

realiti

kadang2 kita ni da penat nk layan kerenah org yang bukan2.. kalau dia sedar realiti apa yang dia lakukan tak ada la rasa apa sangat.. tapi kadang2 2 masing2 teruk sangat sampai xboleh nk kata apa... yang selfish sangat pn ada sampai tau hati dia je... hati orang lain da x kisah langsung... memang orang xberperikemanusiaan kalau macam 2... please la consider orang lain sekali sekala.. bukan hati sendiri je 24hours.. kes macam ni memang sangat pening nk layan and memang kadang mediamkan diri lebih baik dari berkata-kata... sbb orang kata dari apa yang kita cakap itu akan buat orang hurt or kita yang akan hurt baik diam jangan bercakap.. sesungguhnya orang yang lebih banyak diam adalah lebih baik dari orang yang banyak bercakap xkena tempat and kalau bercakap 2 xnk fikir dulu sebelum bercakap...sedap hati je kan... xbaik la kalau macam 2... please la kecian kt orang yang selalu menjaga hati u all... dia pun ada hati and perasaan.. yang mana nanti dia boleh meletup juga bila dia da xboleh tahan 1 day nanti....
    satu lagi kes yang suka malu kan orang lain... kadang2 orang maybe x sedar yang dia ada malukan orang lain.. tapi sedar la setiap 1 tutur kata kita perlu dijaga... bukan main hantam je nak cakap apa dgn org lain.. tapi bila dia malu kadang2 langsung xkena dgn tempatnya.. pelek betul la orang macam ni.. nk malu buat apa kalau rasa dia xada kena mengena dengan benda 2 or xbuat benda 2... buat selamba je da la.. cukup la 2 kn sepatutnya.. letih la orang lain yang jadi mangsa keadaan 2.. kn da kata jangan aibkan orang lain nanti kita juga akan kena..
     kes2 macam 2 kalau orang yang ditegur terima dgn baik ok la kn... ni xad.. tau nk marah2 orang lain xnk terima.. its fine la kalau xnk terima pn.. tp tengok la keadaan.. kecian kt kawan2 lain.. percaya or x try la terima dengan cara yang baik not marah2 or selfish sangat like u;re very perfect.. everyone are not a perfect one in a different way.. believe that others will accept u in the way ure.. not in other way.. so please respect and keep each other at the same time u'll.....

maaf kepada yang makan cili terlebih 2...ini adalah sebagai renungan kita bersama tanpa ada tujuan lain yang menyakitkan hati... hopely u'll accept this in a positive way....

Tuesday 17 May 2011

Sayangilah Aku - Khalifah (Lirik)

sepanjang hari part II

lunch hour
   jam 1.30 lebih kurang kami lunch d twin'z cafe d iium, bbn.. agk best la makan di restoran 2.. tp macam biasa la..makan xpernah nk habis... yg peleknya, kt rumah makan banyak je.. p tempat lain, xkisah la tumah sewa ke kt mana2 pn makan kurang.. maybe sbb xad mummy dgn abah kot.. haha..ngada2 nya la..
tea time..
   hujan yg lebat melanda nilai.. xboleh nk edit blog, so p main game dgn tengok movie jela.. princess and the frog.. best lama xtengok da.. lepas 2 perancangan nk p pasar semarak cancel sbb hujan 2.. ira beli ice cream, so makan ice cream la tea time.. sejuk2 hujan ice cream kn.. so xtau da sekarang ni..blogging lagi la nmpaknya..
   dinner di bonda jam 9malam.. xadla tggu lama sangat.. balik habis makan pkul 10 terus online, tengok movie, layan kawan2 itu saja kot.. so as a conclusion sepanjang hari ni xadla buat apa sangat... hahahaha... :) itu saja..

sepanjang hari

hari ni merupakan hari cuti wesak.. jadi kami tidak lah ke kelas seperti semalam. pagi2 lg aku telah dikejutkan dengan bunyi panggilan.. bila ku lihat kakak ku call bertanyakan alamat rumah sewa ku ini. aku bertanyakan mengapa tidak dijawabnya.. rupanya beberapa minit kemudian kakak sampai bersama2 mummy, makcik, kak ida n anak2 buahku... rindunya kt mummy...seminggu da xjumpa..
  mummy bawakan wardrobe untukku apabila aku menghubungi mereka kelmarin.. hehehe... da x perlu untuk beli lagi.. xperlu nk agkat da..
  baru call abang tadi kata nk balik rumah khamis nnti.. abang x boleh ambik da..dia sibuk nk LI.. eee... xnk naik bas sendiri.. nanti nak try tanya kakak boleh x.. heheh.. yg penting nk balik rumah gk..
  cukup dengan apa yang dilakukan pagi ni.
baru saja ira balik bawa wardrobe juga.. biasalah dok rumah sewa memang nak macam2 kn.. termasuk la penulis ni.. :) call mummy je tau bila nk apa2 saja.. sampai kakak kata semua nk mummy gk.. ada apa2 semua nk call mummy.. xboleh nk independent.. hahah.. xkisah pn kakak kata mcm 2...
  lunch hour..
x tau nk makan kt ne.. semalam lunch kena masak sbb da lpar sgt.. yela pkul 4 lbih baru nk makan kn..
hari ni xtau lagi.. bak kata orang boleh kurus la lepas ni makan x terjaga... hahah.. tp xkisah pn..
  sepanjang hari
selain dari buat semua benda2 tadi. ada juga buat perkara lain.. blogging la, apa lg kn..lagi online la... xda apa2 pn online 2.. tp saja nk ngada2 sikit.. hahah...

itu je kot sekarang ni.. nanti nk sambung lagi la..

Monday 16 May 2011

1st day short sem

hari yang merupakn 1st day klas..jadual hari ni 1 klas je.. bis kelas p cari buku, jln2 2je...blik umah letih smpai sekarang ni, jam 8.35 mlm...oh...pnatnya..
:)

Sunday 15 May 2011

hati seorang wanita (kesinambungan)

kesinambungan

aku berjaya menyembunyikan perasaanku ini. namun tanpa ku sedari aku telah mebuat satu perasaan buruk terhadap rakanku. rupanya dalam diam dia menganggap apa yang berlaku pada ku ini ada kaitannya dengan dia. namun hakikatnya ia tidak sama sekali. dalam diam telah banyak yang aku sembunyikan hingga membuat ku terseksa gara-gara aku sendiri tidak lagi mampu menanggungnya. letih..pnat aku menahan. apa yang harus aku lakukan. mungkin dia memang bukan untuk ku. dan mungkin apa yang aku rasakan ini hanyalah mainan perasaanku atau juga mungkin hanya aku yang merasainya,bukan dia. ahhh...sudahlah.. aku tidak mahu lagi memikirkannya. aku sudah tidak kuat lagi untuk bertahan.
   aku membiarkan saja perkara itu berlalu. dalam diam rupanya telah hampir 3 tahun perkara itu berlalu selepas kali terakhir kami terserempak sewaktu final exam ketika itu. oh.. lamanya ia sudah berlalu. kini aku tidak lagi mimikirkannya seperti dulu. aku kini bekerja di salah sebuah bank di tempatku. berhampiran dengan rumah kerana itu adalah permintaan ibu ku.. rasa seperti menyesal juga tidak pergi lebih jauh dari itu, namun aku ikhlas kerana itu permintaan seorang ibu yang tahu apa yang terbaik buatku. aku percaya itu.
    setelah hampir 3tahun hati ku tidak bergolak dan aku tidak lagi seakan menggeletar apabila berhadapan dengannya. tiba-tiba sekali lagi aku merasakannya. pada waktu itu kau sedang berurusan dengan salah seorang pelanggan kami di bank.


akn bersambung...

Saturday 14 May 2011

nur adlina,the 15th



bayi yang baru dilahirkan pada 2minggu yang lalu ini diberi nama nur adlina merupakan anak buahku yang ke 15.
Posted by Picasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...