jom terjah

Sunday 15 May 2011

hati seorang wanita (kesinambungan)

kesinambungan

aku berjaya menyembunyikan perasaanku ini. namun tanpa ku sedari aku telah mebuat satu perasaan buruk terhadap rakanku. rupanya dalam diam dia menganggap apa yang berlaku pada ku ini ada kaitannya dengan dia. namun hakikatnya ia tidak sama sekali. dalam diam telah banyak yang aku sembunyikan hingga membuat ku terseksa gara-gara aku sendiri tidak lagi mampu menanggungnya. letih..pnat aku menahan. apa yang harus aku lakukan. mungkin dia memang bukan untuk ku. dan mungkin apa yang aku rasakan ini hanyalah mainan perasaanku atau juga mungkin hanya aku yang merasainya,bukan dia. ahhh...sudahlah.. aku tidak mahu lagi memikirkannya. aku sudah tidak kuat lagi untuk bertahan.
   aku membiarkan saja perkara itu berlalu. dalam diam rupanya telah hampir 3 tahun perkara itu berlalu selepas kali terakhir kami terserempak sewaktu final exam ketika itu. oh.. lamanya ia sudah berlalu. kini aku tidak lagi mimikirkannya seperti dulu. aku kini bekerja di salah sebuah bank di tempatku. berhampiran dengan rumah kerana itu adalah permintaan ibu ku.. rasa seperti menyesal juga tidak pergi lebih jauh dari itu, namun aku ikhlas kerana itu permintaan seorang ibu yang tahu apa yang terbaik buatku. aku percaya itu.
    setelah hampir 3tahun hati ku tidak bergolak dan aku tidak lagi seakan menggeletar apabila berhadapan dengannya. tiba-tiba sekali lagi aku merasakannya. pada waktu itu kau sedang berurusan dengan salah seorang pelanggan kami di bank.


akn bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...