jom terjah

Monday 30 May 2011

dugaan Allah

sebelum bicara dimula salam dihulur.
Assalamualaikum...




apabila berbicara tentang dugaan Allah yang diberikan kepada hambaNya tidak kira la siapa orangnya pasti pelbagai bentuk dugaan yang telah diberikan Allah untuk menguji hamaNya.. apabila berkata tentang jenisnya pasti pelbagai jawapan yang akan diberikan dan pasti pelbagai jawapan yang akan kita perolehi.. yang pastinya dugaan yang diberikan selalunya membuatkan kita lemah xbermaya tak tertanggung apa yang telah diberikan. sedangkan ianya adalah dugaan sangat sesuai untuk kita kerana Allah tahu kemampuan kita untuk menghadapinya..




  selalunya kita akan menangis apabila dugaan yang datang tidak tertanggung.. terutamanya perempuan.. dugaan berat yang diberikan antaranya boleh dijadikan iktibar apabila kawan menganiaya rakan baiknya sendiri dengan cara yang agak "jahat".. seperti apa yang terjadi mungkin disekeliling kita apabila semua yang kita ada digunakan bersama, dikongsi dan dimanfaatkan bersama disalah gunakan.. selalunya ia akan berlaku apabila masing-masing mula menunjukkan belang "berbelang-belang" mereka itu dengan cara yang tiada perikemanusiaan. pada awalnya kawan kerana berkawan itu adalah sesuatu yang baik.. namun dikatakan berkawan kerana ingin mengambil kesempatan ke atasnya. ada juga yang mengatakan berkawan kerana kita tiada kawan lain dan terlalu bergantung padanya. walhal, tanpanya keadaan adalah lebih mudah namun telah dijadikan keadaan menjadi begitu rumit. dan menjadikan salah faham dalam situasi yang tidak sepatutnya. dan selalu membuka aib orang lain dengan cara yang agak menyakitkan hati.






  apabila dikatakan apa yang dilakukan menyebabkan mereka kelihatan seperti manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan ini terjadi apabila hari kuliah kita menumpangnya dalam keadaan jadual yang berbeza. seharusnya apabila jadual tidak sama waktunya dan tempatnya pastinya kita akan mendahulukan orang yang menumpang dengan kita dan pastinya itu adalah sesuatu yang sangat mulia. namun lain yang kita sangka lain pula yang jadi... mengapa dikatakan demikian?? ini kerana perkara yang sepatutnya berlaku tidak pun berlaku..bahkan lain pula jadinya.. dibuatnya lagi lambat ke kuliah... untungnya bukan lecturer yang straight kn... kalau tidak bolehnya kena halau keluar kelas nanti..
  belum lagi kes yang ditinggalkan.. hai sedihnya kalau dengar siapa yang jadi mangsa keadaan 2.. bukan salah dia kenapa ditinggalkan tanpa sebarang information.. tak ke terumbang ambing orang tu kn.. entah la...nk kata kejam tak baik kn kata macam 2... sebab kawan.. habis yang jadi mangsa tu macam mana?? teraniya la dia... bukan dia yang minta untuk menumpang.. tapi kerana diajak.. sampai hati permainkan kawan sendiri macam tu...




  hal macam ini belum lagi time kawan tu demam, lagi la xtanya khabar pun.. macam mana la boleh ada orang yang tak hati macam tu.. kalau perempuan yang buat kawan sendiri macam tu nanti esok2 dia boleh buat orang lain lebih kejam dari tu.. yaAllah lembutkan lah hati orang itu dan berikanlah kesabaran kepada yang menjadi mangsa.. bila difikir-fikirkan balik ada juga kawan yang langsung tak ambil peduli lapar ke kenyang kawan dia, ok ke tidak, sihat ke tidak, selamat ke tidak, ne dia pergi, macam-macam la... sampai kalau dok satu bilik dia balik ke tidak buat xtahu je macam dia tak wujud kt situ.. Astagfirullah hal 'azim... kasihannya kawan tu... langsung tidak diambil peduli...
semoga Allah membuka hati insan yang bersifat demikian dan melembutkan hati mereka agar menyayangi orang lain seperti dirinya sendiri tanpa sebarang penganiayaan... Amiin....






ini hanyalah sebagai renungan kepada kita yang bergelar insan muslim..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...