jom terjah

Wednesday 27 July 2011

berat kaki melangkah tiba, berat juga melangkah pulang ( Program Pembangunan Modal Insan Yayasan Bank Rakyat 2011) Part 1

salam
walaupun program Pembangunan Modal Insan hampir 4 hari melabuhkan tirainya untuk sesi 2011 namun kenangan yang terpalit di ingatan membuatkan saya tetap bertegas ingin berkongsi cerita apa istimewanya program tersebut dimata saya juga rakan-rakan yang lain.

    
dibawah anjuran Yayasan Bank Rakyat sesi kami yang sepatutnya melibatkan 45 orang peserta hanya dihadiri oleh 27 orang sahaja disebabkan kekangan yang kami sendiri belum dapat memastikannya. 
       pada awalnya jika ditanya mengapa kami menghadirkan diri ke program tersebut ramai juga yang terkial-kial memikirkan jawapan apa yang kelihatan manis didengari kerana hakikatnya masing-masing mengikuti program tersebut kerana ia adalah pra syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat. 
       slot pertama kami bersama En Mushin pegawai YBR bersama rakannya dan juga kak Nurul. pada awalnya kami di minta untuk mengingati kesemua 27 nama dalam masa yang di tetapkan.. berat hati untuk melakukan namun tetap kami cuba sehabis baik. hari pertama kami di katakan kurang bermaya seolah-olah jasad berada di Mardi, Serdang namun fikiran dan hati masing-masing melayang entah ke mana.
       hari kedua kami slot diambil alih oleh Rebutia Excellent Consultancy bermula seawal solat subuh.
masing-masing agak terkejut dengan kehadiran En Nizam dan Puan Dyna serta krew yang lain pada pagi yang agak tenang ketika itu. riadah dan senaman pagi yang cukup kurang bertenaga seakanakan tidak ikhlas menghadirkan diri pagi itu.



beberapa aktiviti pagi selasa bersamaan 19 Julai 2011.

       kami di gemparkan dan di hiburkan lagi pada slot kedua bersama Puan Dyna dan En Nizam yang mengajar kami membuat jet (or kapal terbang) kertas. pada awalnya memang suka-suka saja kami membuatnya. namun ada yang tersurat dan ada yang tersirat setiap apa yang kami lakukan bersama Rebutia Excellent Consultancy selama 3 hari. apa yang kami perolehi tidak dapat diluahkan dengan kata-kata kerana banyak yang kami telah fahami.
jet (kapal terbang) kertas diterbangkan


antara persiapan ketika Formula 1 Pit Stop




 aktiviti yang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk menenal pasti bentuk asal dan membina 1 bentuk yang sama tanpa meniru.


 kesepakatan diantara kami 


 try la seimbangkan badan


 urutan spa free..mari-mari cuba




 beberapa aktiviti lain bersama Rebutia Excellent pada hari pertama bersama mereka.






     aktiviti yang benar-benar menguji kebersamaan kami walaupun hanya baru 2 hari kami bersama dan masih juga tidak mengenali diantara 1 sama lain dengan baik.

hari ketiga iaitu hari kedua bersama Rebutia Excellent Consultancy tirai dibuka dengan beberapa aktiviti yang perlu kami lakukn bersama sebagai peserta program Pembangunan Modal Insan Yayasan Bank Rakyat. Antaranya......

kami perlu menyambungkan batang paip yang diberikan supaya dapat mengalirkan air untuk mengeluarkan sebiji bola didalam batang paip yang besar.



 kami perlu memulakan langkah bersama dan menamatkan bersama didalam bentuk-bentuk yang telah di tetapkan mengikut bilangan kaki yang perlu ada pada satu-satu masa


menguji kebolehan kami seimbangkan bola dan membawa bola ketempat yang telah ditetapkan dengan faktor angin yang yang ada sebagai halangan.

 beberapa cabaran explorace yang perlu dilakukan sebagai checkpoint untuk menamatkan game.














pada malamnya kami bersama-sama menyanyikan lagu sempena ulang tahun kelahiran rakan-rakan.


inilah mereka..

sekian saja part 1 dari saya. part2 akan menyusul kemudian apabila tiba masanya nanti. sekiranya ada tersilap nama kata-kata atau apa juga harap maaf. juga kepada sesiapa yang tidak suka ada gambarnya disini atau pun tiada langsung gambarnya harap maaf juga... :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...