jom terjah

Monday 26 December 2011

first time got asthma

assalamualaikum semua
   apa ceritanya kali ini..? pastinya kali ini kan berkongsi sesuatu yang agak menarik tentang satu penyakit yang di namakan asma..
doktor : biasanya asma hanya akan dialami dari keturunan ataupun genetik yang mengikut ibu bapa.. secara ringkasnya asma hanya akan dihidapi oleh pesakit yang mempunyai kerabat pertalian darah yang memang menghidap penyakit tersebut.
     sambung lagi...
doktor : simptom-simptom awal biasanya dia akan mengalami kegatalan sama ada seluruh badan atau pun hanya pada tempat-tempat anggota tertentu saja. adakalanya juga bintik gatal-gatal seperti ruam kelihatan merah-merah dan mungkin akan boleh besar lagi saiznya.. gatal-gatal tersebut hanya akan hilang dengan sendiri dan tidak akan hilang sepenuhnya dari pesakit kerana sudah pastinya ia pasti akan kembali walaupun ketika itu sudah pulih samada dengan sendirinya atau dengan 1 suntikan atau dengan pengambilan ubat untuk 1 tempoh tertentu..
kegatalan tersebut juga mungkin akan menyebabkan bintik-bintik gatal tersebut tidak akan hilang..dan mungkin ia akan kembali
doktor : faktor-faktor pesakit adalah alergi pada suhu yang terlalu sejuk di mana gatal-gatal tersebut boleh kembali apabila terlalu sejuk.. pembawakan dari gatal-gatal tersebut akan menyebabkan pesakit batuk sesak nafas sakit dada dan seterusnya asma..dan mungkinjuga penyakit lain.. walaupun suntikan diambil untuk mengurangkan kegatalan namun pengambilan ubat perlu diteruskan kerana alahan tiada penawarnya..
kegatalan ini mungkin akan berlaku pada bila-bila masa saja walaupun suhu tidak menentu..
      conclusion is abah's family from the side of nenek, pakcik-pakcik ada sakit asma..mummy's family memang tak ada yang sakit asma..so, genetik ikut abah walaupun abah tak ada asma.. pesanan doktor gatal-gatal memang tak akan hilang dan akan datang kembali bila-bila masa walaupun sekarang da baik.. so, kemungkinan untuk mengalami asma sangat tinggi kerana sudah berada pada peringkat awal...jadi berhati-hati dan jaga kesihatan
      lepas ni memang taak tahu apa akan jadi... doa insyaAllah tak akan ada yang lebih teruk...amiin...
sekadar berkongsi satu pengetahuan baru....:)
sekian wassalam....

Monday 12 December 2011

4kg??

    assalamualaikum..

4kg?? apa yang 4kg tu kan..kalau nak tahu la kan 4kg tu mestilah berat kan..tapi berat apa dia ye..?ermm apa la agaknya kan 4kg tu..
    sebenarnya mestilah berat badan kan..tapi apa kaitannya sekarang  dalam coretan kali ini kan..nak dijadikan cerita la kan..4kg tu adalah berat badan yang telah turun sepanjang demam yang berlarutan..memang terkejut la kan tahu-tahu saja sudah 4kg turum da..
   paling best la kan, tak perlu lagi nak diet kali ni..sebab mummy pernah kata kalau boleh turun kan lah berat badan sebab takut nanti nampak da tak comel..tak pernah fikir nak diet da turun dulu 4kg..
   sekarng da tak perlu lah kita nak diet ambil risiko yang mana mungkin akan membahayakan diri kita sendiri satu hari nanti..
natijahnya kadang-kadang demam pun ada kebaikannya..sekian coretan kali ini..story pasal berat badan saja..
p/s:kalau siapa-siapa nak turunkan berat badan tak perlu lah lagi nak diet..demam jela kalau nak rasa...:)

Monday 5 December 2011

pelangi di kala senja (part 1)

"anna, mak bukan tak izinkan kamu dengan dia..tapi...." anna menyampuk kata-kata ibunya, "tapi apa mak?? "mak tak kisah kamu dengan siapa saja pilihan hati kamu....tapi kalau boleh bukan dia." tersentak anna mendengar kata-kata ibunya.. anna cuba menenangkan hatinya dengan menafikan isi hatinya.. "anna bukan mak jahat tak nak setuju tapi kalau betul dia memang keluarga orang tu, mak berat nak bagi" tanya anna "kenapa mak?? kenapa dengan latar belakang keluarga dia?" anna cuba membuat muka bersahaja menutup hatinya yang masih terkedu tidak terkata.
  pertama kali buatnya membuat pengakuan tentang soal hati pada ras, ibunya sudah memberi jawapan yang sanggat tidak diduga. "lebih baik kamu jangan tanya kenapa mak tak izinkan kamu dengan dia.. kamu cari saja yang lain selagi mana ada lagi orang lain.." anna terdiam "mak mungkin akan setuju dan ikhlas menerima pilihan hati kamu kalau memang itu yang kamu mahu"sambung ras lagi. memecahkan suasana yang sepi ras membnerikan sedikit alasan buat menyejukkan hati anaknya, "....mak cuma takut dia akan perlakukan kamu dengan tidak perikemanusiaan, sedangkan dahulunya ayahnya bertindak kejam pada ibunya membuatkan ibunya hilang ingatan" tersentak anna mendengar kata-kata ibunya. bagaikan tidak percaya tragedi itu pernah berlaku dalam hidup insan yang mula bertakhta di hatinya.
   "patut kah aku mencari yang lain sedangkan aku bukan lah sebaik miah yang pantas mendapatkan lelaki yang solah, ditambah aset yang ada padanya tampan dan bijak"detik hati kecil anna...walaupun perkara itu sudah hampir 5bulan berlalu, anna masih lagi terngiang-ngiang mendengar kata-kata ibunya mengenai firdaus..seperti baru saja dia mendengar jawapan ibunya..

                                                                                            akan bersambung part II jika diizinkanNYA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...