jom terjah

Wednesday 18 May 2011

secebis nukilan

hari-hari yang ku lalui penuh dengan liku-liku tajam yang aku sendiri tidak ketahui,
dihadapan ku insan-insan yang sentiasa ada di sisi,
di sebelah ku rakan-rakan yang banyak memberi sokongan,
di belakang ayah & ibu yang di sayangi,
di mata ku insan yang berjaya menggegarkan hati ku,
jauh dari ku yang aku tidak ketahui.

setiap detik ku cuba aku penuhinya, 
dari kekosongan yang bakal merundum masalah pada ku,
setiap hari ku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, 
yang bakal membuatkan ku terhibur tanpanya,
kerana ku yakin tanpanya aku bisa berdiri,
malah lebih kuat untuk tampak teguh dihati.

janji-janji yang pernah diterima dulu,
cuba aku lupakan,
kerana janji itu janji palsu, 
yang tidak mampu ditunaikan sama sekali olehnya,
janji yang pernah membuatkan aku berharap,
yang pernah membuatkan aku lemah xbermaya,
kini menjadi satu kekuatan pada ku,
berdiri dengan sendiri dan aku mampu.

setiap apa yang berlaku cuba aku harungi, 
dan juga aku berjaya sedikit demi sedikit,
hari ini aku jua yang ada dengan lebih semangat,
dan keyakinan yang baru,
bahawa aku tidak boleh berharap dengan,
janji-janji kosong yang tidak ada harapan tertunai.

nukilan  ku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...