jom terjah

Wednesday 18 January 2012

cHILdish...

assalamualaikum
kali ini just nak berkongsi sedikit pendapat.
  ibu bapa sentiasa mengatakan anak mereka manja. walaiupun umur sudah lama mencecah alam 20-an namun bagi mereka anak mereka masih lagi kecil dan perlu dimanjakan. namun, realitinya walaupun mereka tidak manja dan bersifat 'childish' sesetengah ibu bapa masih lagi akan melayan mereka sedemikian.
   mungkin bagi yang terbiasa dimanjakan serigkali tidak akan sedar bahawa mereka bersifat sedemikian. hakikatnya sifat itu terbawa oleh layanan yang diberikan oleh ibu bapa.
   adakalanya juga anak akan lebih manja dengan ibu berbanding ayah mereka disebabkan beberapa faktor. namun mereka sendiri akan menyedarinya.
   bagi seorang ibu melayan kemanjaan anaknya pasti usaha untuk tunaikan apa yang dipinta. jika tidak mereka akan merajuk atau menangis. (walaupun mereka sudah berumur 20-an) adakalanya sikap mereka seperti tidak matang. namun itu hanya ditunjukkan dan diluahkan kepada ibu bapa mereka saja. menunjukkan kasih sayang dan perhatian mereka.
   adakalanya apabila mereka kecewa dan bersedih merekamampu menangis dimana saja apabila meluahkan kepada ibu bapa mereka. bukan untuk meminta simpati orang yang melihat, hanya sekadar meluahkan  kepada ibu bapa saja.
   mereka bukan tidak matang bagi individu yang sudah meningkat dewasa. namun mereka menunjukkan kasih sayang mereka dengan cara yang demikian. kelihatan seperti kanak-kanak dan adakalanya seperti mengada-ngada apabila dilihat. pada realitinya mereka membuatkan diri mereka semakin akrab dengan ibu bapa mereka.
   p/s : pada individu yang sedemikian pasti akan sedar seperti apakah mereka sebenarnya. :)
          (macam kenal)
sekian saja topik hari ini, wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...