jom terjah

Tuesday 12 April 2011

hati seorang wanita

apakah yang berlaku sekarang? selepas kejadian pada waktu itu kami tidak lagi bertegur sapa mahupun hanya bertanyakan khabar saja. semakin ku tidak fahami apakah yang berlaku sekarang pada diriku. apakah aku melakukan kesalahan yang tidak dapat diterimanya. atau adakah aku telah menyakiti hatinya? semakin bermain-main difikiranku. semakin aku runsing dengan apa yang sedang berlaku ini. mengapakah begini yang berlaku? mengapa sehingga kini aku masih tidak dapat mencari jawapannya? dilema yang kian aku sedang hadapi.
kini apabila ada apa jua yang berlaku tidak lagi dikhabarkan padaku. aku bagaikan sudah tiada lagi depan matanya. hanya aku dikhabarkan melalui berita, khabar angin yang dibawa orang lain padaku. aku semakin tidak mengerti dengan apa yang berlaku. dia pergi jauh dariku juga aku tidak mengetahui. hanya khabar yang ditiup angin membuatkan aku mengetahuinya. tidak lagi aku fahami. apakah dia kini menjadi musuhku dan berdendam padaku? sedarkan lah aku bahawa ini hanya khayalan dan bukan apa yang sebenarnya. jangan biarkan aku bermimpi lagi. khabarkan lah pada ku bahawa ini bukan apa yang sedang terjadi.
berilah aku jawapan akan apa yang merunsingkan ku saat ni. jangan biarkan diriku hanyut dalam bayang-bayang dan kesamaran.
dalam diam kami hanya banyak membisu tanpa kata walaupunberjumpa. mungkin memang bukan saatnya untuk bersapa. kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan adanya insan lain yang membantu dipertengahan antara kami. perasaan yang tidak dapat dimengertikan memang sukar untuk difahami. keadaan sekarang semakin sukar apabila aku seperti tidak wujud didepannya. seolah-olah aku seperti patung yang tidak bernyawa.
saat ini final exam semakin mencemburui aku. semakin ia bersahaja datang mendekati aku. namun ada juga perasaan sedih yang bercampur-baur dalam hatiku ini. aku sudah keliru dibuatnya. seharusnya minggu study week yang aku perlukan dengan tenang menjadi agak kucar-kacir gara-gara perasaanku sendiri. semakin aku cuba untuk tidak melayan semakin menjadi-jadi ia dalam fikiranku ini. aku tidak sepatutnya cemburu akan rakanku sendiri. ia adalah sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan sebagai seorang kawan. namun apa yang perlu aku lakukan kerana ia juga bukan kemahuanku. cukuplah aku cuba mengawal hati ini dari diketahui umum. cukuplah aku cuba menyembunyikan perasaan cemburu ini dari diketahui rakanku itu.

SKETSA BERSAMBUNG...

hanyalah rekaan semata-mata.. hobi jeee..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...