jom terjah

Monday 11 April 2011

Dibiarkan berlalu

    seorang individu yang bergelumang dengan pelbagai masalah yang sendiri tidak dapat diatasi dengan baik. apabila sehariannya dihabiskan hanya dengan melayan kerenah yang tidak ada faedahnya menambahkan lagi tekanan dalam kehidupan seharian. menghadapi liku-liku hari yang berlalu dengan penuh kesabaran. mahukan tangisan yang bakal mengalir di pipi hanya mampu ditahan dari turunnya air mata.
     menghadapi seorang individu yang tidak mahu memahami insan lain. hanya mahu hati dan perasaannya difahami dan dituruti. apabila sesuatu situasi yang berlaku bukan seperti apa yang diinginkan atau apa yang dimahukan pastinya dia akan mengeluarkan kata-kata yang perit didengari dan meninggalkan kesan dihati. apabila kita inginkan yang terbaik buatnya, ditafsirkan bahawa kita mahukan yang sebaliknya buatnya. ditegur atas perbuatannya yang mungkin tidak bersesuaian ditafsirkan bahawa kita menganggap bahawa dia adalah jahat dan teruk dimata kita. apabila kita memuji perbuatannya, difikirkan bahawa kita menganggap dia bahawa adalah seorang yang negatif. mungkin juga difikirkan bahawa kita menganggap kita suka menghina orang lain dan suka berbuat jahat pada orang lain.
     bergelumang pula dengan insan yang lain yang pentingkan diri sendiri sahaja. dianggapnya kita seperti insan yang tiada perasaan dan tiada hati terhadap apa yang dilakukannya. setiap apa permintaan yang diinginkan seolah-olah kita wajib turuti dan tepati apa yang dikatakan tetapi apa yang kita utarakan langsung dipandang pun tidak. sekiranya kita tidak tepati seolah-olah kita telah melakukan perkara yang sangat besar dan berdosa jika tidak dilakukan. inginkan kita jujur dengan apa yang kita rasakan, tetapi apabila kejujuran telah diberikan dipandang hina pula pada kita.
     benar kata orang jangan sekali-kali pandang dan menilai orang pada pandangan pertama kerana tidak semestinya pandangan pertama itu menunjukkan diri orang itu yang sebenarnya. apabila telah lama masa dibiarkan berlalu, barulah diketahui bahawa mereka adalah sangat berbeza dengan diri yang sebenarnya. jika kita fikirkan mereka adalah baik dan kelihatan seperti mulia dimata orang rupanya hanya baik kulit luarannya dari isi dalamnya yang dikandungi. apabila ketidakpuasan diutarakan kita juga dipersalahkan.
     insan ini ingin mengalirkan air mata yang ditahan dari bergenang lebih 2minggu. kesabaran yang cuba diperkukuhkan juga tidak dapat terus dipertahankan. mainan perasaan terus bermain tidak terkawal. cuba ditahankan untuk terus bertahan beberapa hari lagi juga tidak tahu sekiranya insan ini mampu untuk terus bertahan dengan situasi yang mungkin bakal membuatkan insan ini akan jatuh sakit. apabila diluahkan pada yang sudi mendengar juga tidak pasti bahawa adakah dia mampu menjadi pendengar yang baik untuk insan ini.
   apabila luahan yang dicurahkan dan diluahkan terus terluah, mungkin hanya akan mampu untuk bertahan beberapa hari sahaja sebelum sempat perkara ini reda datang pula perkara baru yang mungkin lagi bertambah teruk akan bakal menimpa. sampai bila insan ini perlu terus bertahan dengan situasi yang hanya boleh dikatakan merepek sahaja sekarang. hanya akan menambahkan tekanan dan sakit yang terus tidak tertanggung.
  hari-hari yang berlalu, semakin banyak dugaan yang mungkin tidak akan diketahui.  namun setelah banyak yang datang perlu dihadapi semakin reda rasanya perit dan kesukaran yang melanda di hati. segala apa yang berlaku tidak lagi berat rasa di hati. apa yang berlaku sudah dapat ditangani dengan baik dan ikhlas. berdepan dengan apa yang terjadi sudah bukan lagi menjadi satu masalah yang berat yang dulunya hampir ditangisi setiap hari. mungkin apa yang berlaku ada hikmah yang lambat Allah tunjukkan apa kebaikannya. hari-hari yang mendatang rasa seperti baru bangun dari tidur yang panjang dengan keselesaan dan kepuasan tanpa sebarang masalah sedikit pun. semoga hari yang berlalu dan akan bakal tiba akan datang dengan lebih baik lagi..

SEBARANG KOMEN DAN JUGA IDEA DAN PENDAPAT YANG INGIN DIUTARAKAN SILALAH MENINGGALKAN KOMEN ANDA DIBAWAH POST INI...  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...