jom terjah

Monday 6 June 2011

jangan marah dan bersabar

hadith
    "jangan kamu saling membenci, jangan saling hasad, saling membelakangi, hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara dan TIDAK HALAL bagi seseorang memulau saudaranya lebih dari 3 hari" {hadis riwayat Bukhari, 5741, sonna code, dan muslim} dari jalur anas ra.


berdasarkan hadith ini, sesungguhnya islam melarang umatnya untuk membenci orang lain sehingga tidak bertegur sapa melebihi 3 hari. berdosa andai kita membiarkan perkara ini terus berlarutan. 
     sesungguhnya ada kisah yang kita boleh ambil sebagai renungan bersama.
apabila berbicara mengenai sahabat pasti ada banyak ragamnya. begitu juga dengan sekumpulan sahabat ini. mereka adalah sekumpulan 3 sahabat yang selalu bersama ke mana juga mahupun melakukan kerja bersama. pada awalnya mereka sangat akrab diantara satu sama lain. bak kata orang makan bersama, tidur bersama, nangis bersama, gembira bersama, dan semuanya bersama.
     namun semuanya berubah apabila seorang daripada mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. dia lebih bijak dan cemerlang diantara mereka bertiga. dia juga menerima biasiswa daripada beberapa penaja. dia merupakan seorang yang sangat manja dan disenangi sesiapa jua. disebabkan itulah semakin hari semakin dia dipulaukan oleh rakannya. dia yang kebisaannya akan makan bersama-sama rakan-rakannya kerap kali mengikat perut kerana sering kali ditinggalkan rakannnya kerana tidak mahu makan bersama. dia juga tidak tahu apakah puncanya. dia seorang yang tidak suka dan tidak biasa makan keseorangan. oleh sebab itu, sering kali sakitnya datang kerana membiarkan perutnya kosong tidak berisi.
     bahkan mereka sering kali meninggalkan dia kerana tidak mahu bersama ke kelas. puncanya sendiri tidak diketahuinya. puas ditanya-tanya, di meseg rakan-rakannya namun satu balas juga tidak diterimanya. sering kali perkara ini berlaku. dia sangant terasa teraniaya kerana pada awalnya mereka telah bersepakat untuk bersama-sama. namun dia sering kali dipermainkan. dia sering kali ingin membantu rakannya, namun selalu diabaikan mungkin mereka merasa dia seperti berlagak akan kepandaiannya itu.
     sering kali juga dia menegur rakannya, namun tidak dibalas mereka. sering kali dia senyum untuk berborak namun diketepikan mereka. dia sudah sedaya upaya untuk mengelakkan dari tidak bertegur sapa dalam masa yang terlalu lama, namun apakan daya mereka tidak mahu ada kewujudannya. sering kali juga dia akan membeli makanan untuk dimakan bersama, namun makanan itu tidak dijamah pun oleh mereka. bahkan akhirnya terpaksa dibuang kerana tidak ada sesiapa pun yang akan memakannya dan berlaku pembaziran.
    dia juga sering kali memberitahu cadangan untuk kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan bersama, namun tiada respon dari mereka. dia sering kali bertanya khabar mereka namun jawapan yang diterima seperti tidak ikhlas untuk memberikannya. dia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan dari tiada sesipa pun mengetahui apa yang berlaku diantara mereka. namun apa yang diterimanya, dia makin diaibkan oleh mereka. dia dimalukan dan dia diburuk-burukkan. kononnya apa yang berlaku antara mereka berpunca daripadanya. sedangkan dia langsung tidak mengetahui apakah yang sebenarnya sedang berlaku. 
     semakin dia terasa teraniaya. hatinya tetap tegas dan teguh untuk tidak membalas apa yang mereka lakukan. tetap dimaafkan apa yang berlaku, tetap menghalalkan apa yang pernah diberi, tetap menganggap kawan walaupuin mereka sudah tidak sudi lagi untuk bersahabat. hatinya tetap ikhlas menerima mereka. namun apakah balasan yang diperolehinya. namanya semakin buruk gara-gara kesalahan orang lain. dia tidak pernah marah dengan apa yang berlaku. dia tidak pernah berdendam, dan dia juga tidak pernah ingin memalukan mereka sedangkan jika diingininya pasti sudah dia lakukan.
      dia hanya cuba untuk mengelakkan perkara berlaku lebih teruk dengan mendiamkan diri, dan cuba berjauhan dari mereka kerana mahu semuanya baik mengikut masa. jelas dinyatakan didalam hadith ini apa yang dilakukannya.
  Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: �Ada seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasul Allah duduk disebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasul Allah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: �Ya Rasul Allah,dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.� Rasul Allah lantas menjawab : �Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.� Rasul Allah kemudian bersabda lagi: �Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika ia sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.� Abu Said al-Khurdi pula berkata: �Rasul Allah ada bersabda: Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.� Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasul Allah pernah bersabda: �Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."


     dan nabi juga bersabda : Pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau). Lelaki itu meminta nasihat dari nabi, “Wahai Rasul Allah, berikan aku nasihat“.
Rasulullah menjawab, “Jangan marah“.
Lelaki itu mengulang-ulang soalanya beberapa kali, dan jawapan yang diperoleh tetap sama, “Jangan marah“.


   dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang berlaku diantara mereka. sehingga kini tiada kesudahan diantara mereka dan tidak diketahui apa yang berlaku.

0

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...