jom terjah

Thursday 6 October 2011

mereka yang istimewa

diam-diam masa yang berlalu begitu cepat. tidak ku sangka hampir 5 tahun kami bersama sebagai kawan baik. buruk baik perangai masing-masing bukan jadi penghalang untuk kami lebih mesra. asalkan ada saja 'story' baru nk cerita semua pasang telinga nak dengar. kutuk-kutuk pun semua depan mata. tak adalah main tikam belakang. happy sama-sama, sedih pun nak sama-sama. nampak macam best kan.
      pengalaman kami bersama memang tak ada tandingannya. biasalah manusia ada saja ragam masing-masing. kadang-kadang ada juga yang membuatkan kita rasa menyampah ke tak suka kan. tapi dengan dia orang ni suka tak suka belakang cerita, yang penting baiknya. kalau boleh terima kekurangan kita mesti tak ada lagi yang nak dikisahkan kan..
     menangis sama, merajuk sama, marah semua kena sampaikan pergi 'toilet' pun semua sekali. perempuan kan pun namanya kan. best je bila terkenang balik pengalaman kami bersama. memang kalau nak suruh 'story' balik penat la... memang tak habis la kan. ada saja yang membuatkan kita ketawa bila teringat balik.
     perjalanan 5 tahun kami bukan lah satu tempoh yang pendek or sekejap.. rasa je macam sekejap. hakikatnya lama tu. dan tak sangka pula ada antara kami bakal menjejak kan kaki ke alam perkahwinan tak lama lagi.. setahun dua lagi kot.. alhamdulillah.. semua Allah permudahkan persahabatan kami walaupun kami berbeza dan berjauhan. bersyukur sebab dikurniakan kawan-kawan baik yang sangat memahami. ada saja bila kita mesra dengan orang mereka akan mengata kekurangan kita. namun mereka ini tidak pernah buat perkara sedemikian. ada pun kekurangan sanggup diterima dengan cara yang baik.
     kawan yang sangat sejati. belum pernah lagi jumpa yang macam mereka selepas mereka. alhamdulillah atas kurniaan Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...