jom terjah

Tuesday, 25 September 2012

weDDing

assalamualaikum

setelah sekian lama meninggalkan blog ini tanpa coretan hari ini saya ingin berkongsi sedikit kesibukan yang baru saja reda beberapa hari lalu.

orang kata wedding perlu dirancang dengan sempurna. as what the one want it. macam itu lah juga ia cuba dijalankan.






pengantin-pengantin yang diraikan






 keluarga besar kami..( ini pun ada juga yang tiada dalam gambar)


 inilah serba sedikit perkongsian kali ini. wassalam... :)








Thursday, 29 March 2012

semuda usia dalam realiti

بسم الله الرحمن الرحيم

mama letih la sekarang ni banyak sangat fikir masalah orang.. sekarang pun baru selesai tolong sepupu dengan macam mana mohon u lepas spm ni.. dengan abang, adik belum lagi..kita kena tolong dia..
    mama : buat apa fikir masalah orang selesaikan dulu hal sendiri baru tolong orang.. masalah sendiri pun belum selesai dah fikir macam-macam kan..
bukan macam tu mama.. tapi kita ni kesian kalau tak tolong sepupu tu..mama..tahun ni sepupu, tahun depan abang pula, lepas tu kakak pula lepas tu adik lagi..
    mama : erm..
mama abang kan tahun depan spm, next year after abang kakak pula spm nanti adik pula..kita juga la kena applykan u untuk dia..
   mama : tak apa lah tolong la selagi mampu dan tak membebankan
rupanya kita sudah "tua" ye mama.. abang 16tahun sekarang..belum lagi kita grade abang pula nak masuk u kan mama..rasa macam tak percaya anak along sudah besar-besar semuanya.. acik dia ni yang masih lagi rasa muda, kecil lagi..
  mama : ingat tak sedar la acik dia ni sebenarnya da "tua"..masih lagi manja-manja macam adik je..adik lagi matured dari kakak..macam mana ni anak mama..tengok anak-anak saudara awak semua da besar..

~oh..sudah "tua" rupanya..masih lagi tidak sedar diri..anak buah da besar panjang sekarang..rasa macam baru semalam jaga budak-budak kecil tapi hari ini da boleh jadi kawan~

~~masa yang berlalu ada masanya kita tidak sedari bahawa ia tidak digunakan sebaiknya sehingga mensia-siakan sahaja ia berlalu tanpa diisi dengan baik :)

Monday, 19 March 2012

majlis akad nikah berjalan lancar

assalamualaikum
   alhamdulillah setelah lama menanti dengan "berdup-dap" jantung menghela nafas menanti hari tiba akhirnya dengan izinNYA akad nikah sah dengan bergelar isteri kepada jejaka bergelar suami.
   seperti dalam alam imaginasi membayangkan ianya telah menjadi satu realiti yang tidak lagi dapat diubah dan juga tidak lagi dapat diundurkan masa untuk mempercayainya.
    seperti baru semalam berkenalan namun hari ini sudah menjadi kepunyaan sah si suami.
walaupun majlis semalam namun perasaan masih lagi mamai seolah ia bukan realiti.
   menitis air mata seorang rakan melihat insan yang disayangi akhirnya mengecapi kebahagiaan yang pastinya lama diharapkan dan sudah semmestinya kebahagiaan yang diinginkan setiap insan bergelar wanita.





sepanjang majlis akad nikah berlangsung di masjid dan juga di rumah.

tahniah kepada insan yang kusayang Nawal Iffah Syakirah Kamaruzzaman selamat diijab qabul dengan ahmad huzaili. semoga bahtera yang dibina akan berkekalan sampai ke syurga. buat kalian sentiasa akan ku doakan yang terbaik..

sekian buat kali ini..
wassalam... :)

Wednesday, 29 February 2012

kakak oh abang....!

assalamualaikum semua..
  post kali saja bercerita sikit. tiada apa yang penting. namun sekadar menconteng di blog sendiri.. :)
kakak oh kakak.. memang kadang-kadang rasa geram dengan macam-macam ragam mereka ni. adakalanya marah-marah melenting macam-macam la. namun bila angin baiknya dia marah pun kita boleh gelakkan dia.
  setiap hari ada saja yang dia bebelkan walaupun berada dekat nilai (usim). bukan dekat rumah je sebab dia ada depan mata. kerja dekat labu berulang dari rumah sewa kita la.. hari-hari ada saja kerenah la.
  bila kita geram kita diam la. bila ok memang macam-macam diborakkan bergelak tawa kan.
ingat kakak ingat la pula abang yang seorang ni. abang memang ada 2 saja. tapi seorang ni lain sikit. kadang-kadang macam perempuan. bila nak bersiap dia paling lambat nak siap.
  adakalanya marah juga dengan dia namun baru berapa saat sudah reda marah tu. abang kan kenalah sayang. dia orang tu kadang-kadang ada saja pelik-pelik yang dibuat.. (sama saja macam penulis sendiri..hehe)
  tapi bila seorang tiada sunyi la rumah. rasa macam ada yang tidak lengkap. bila semua ada riuh rumah macam-macam hal sampai mama pun tidak tahan mendengar adakalanya.
  begitulah ragam seharian. nama pun adik-beradik apa lah berkira sangat.
(tiba-tiba teringat semua bila dengar kakak macam-macam hari ni..)
   sekian rindu nak balik rumah
wassalam...:)

hati menangis

assalamualaikum semua
alhamdulillah kali ini dapat sekali lagi meninggalkan sedikit coretan bersama.
  bukan hanya sekadar kata-kata yang bakal diungkapkan namun jika dapat dimanfaatkan dan diamati bersama mungkin lagi baik bunyinya.
  sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi yang beragama islam sudah pastinya akan menerima dan menghadapi pelbagai jenis ujian dan dugaan yang sedikit sebanyak mampu menggoyahkan hati masing-masing. hanya ketabahan mampu membuatkan kita kelihatan begitu tenang walaupun didalam kesusahan yang datang.

  adakalanya hati terasa seolah-olah merintih dan menangis seperti dikhalayak ramai menghadapi dugaan yang datang. tapi tetap dicekalkan hati dan ditabahkan jua dengan berserah dan berdoa agar dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam apa jua yang bakal menimpanya.
   Allah maha berkuasa dan DIA tidak membiarkan kita menangis dengan sia-sia. pasti ada jalan penyelesaian yang DIA beri dengan pelbagai cara yang kita tidak sedari.
  apatah lagi hamba yang bernama wanita. dikurniakan hati yang sangat lembut dan lemah apabila diuji dengan sedikit ujian. kelihatan muka mampu dibiarkan tenang dan senyuman mampu diukir walaupun hati sedang menangis. payah dan sukarnya untuk bertahan. namun hati tetap mampu menanggung kepahitan yang berlalu.
  bahkan adakalanya tidak kita sedari bahawa sekitar juga adalah ujian buat kita yang mana mungkin kita dikhianati atau mungkin kita disakiti hanya kita yang tidak menyedari setiap sesuatu.
  mengharapkan sesuatu yang terbaik dengan keberkatan doa dari kedua mama abah dalam mencari keberkatan hidup.
   sekian wassalam.. :)
 

Saturday, 18 February 2012

sebulan berlalu

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
salam sejahtera kepada semua pembaca menghabiskan masa dengan terbaik.
      sekadar berkongsi secara tersurat sepanjang cuti semester yang "dianugerahkan" kepada students universiti selepas hampir 6bulan mengerah tenaga dan usaha untuk "berperang" di medan peperiksaan dan diaplikasikan dalam hidup.
    coretan kali ini hanya mengkhabarkan kalian dan "menconteng" sedikit laman blog ini yang sudah lama tidak diusik. insyaAllah sebulan yang berlalu dapat dihabiskan dengan penuh bermakna. dan pastinya akan lebih bermakna pada hari esok yang pastinya lebih baik dari hari ini.

ini adalah satu "aset" yang agak penting bagi sesetengah pengantin dalam majlis bahagia buatnya begitu juga kepada rakan yang mengnakan tema di atas.

hampir setiap hari-hari masa lapang akan dihabiskan di sini bersama yang tersayang..mama dan abah..kakak-kakak dan adik juga abang..adakalanya juga anak saudara.

satu "kerja" yang agak memenatkan untuk menjaganya. namun satu "kerja" yang menghiburkan dengan kerenah dan telatah yang mencuit hati

teman yang sentiasa ada walaupun jauh di rumah. main "perang-perang" macam ultraman atau seumpamanya memang tidak boleh dipisahkan.

erm..heheh..adakalanya kita akan kelihatan berkelakuan seperti kanak-kanak yang baru berusia 5tahun dimana sifat ingin tahunya tinggi. namun hakikatnya umur sudah hampir mencecah 21tahun (betul ke...) walau bagaimanapun inilah kebahagiaan yang menyenangkan. setiap apa yang kita lakukan apabila diniatkan untuk perkara dan jalan yang betul pasti hasilnya membuahkan dan segalanya mudah.
     sekian "contengan" hari ini yang terfikir di fikiran insan yang kerdil.
wassalam..


Wednesday, 8 February 2012

menyesal



assalamualaikum
jika aku menyesal pada hari ini sudah pasti aku tidak akan sekali-kali menjejakkan kaki berhadapan dengan jalan hidup yang aku pilih kini. berani mencuba sesuatu yang baru dari jiwa dan keinginan.
  jika aku menyesal sudah pasti aku menyesal untuk tidak terus mengejar impianku. apa yang lama dulu diidamkan untuk menjadi doktor.

jika aku menyesal sudah pasti aku tidak berani meneruskan langkahku semakin laju melangkah menggapai apa yang seharusnya aku kejar.
  jika aku menyesal sudah pasti aku tidak akan berada di mana aku berada sekarang memikirkan kekecewaan yang ada.
jika aku menyesal aku mungkin tidak seperti hari ini. berani menghadapi apa yang bukan aku inginkan. mungkin jika aku menyesal aku tidak akan berada di nilai memandangkan aku mahukan di sintok.
  jika aku terus menyesal pasti aku sangat mudah berputus asa dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku.
          Namun semuanya sudah tertulis bahawa aku adalah diriku yang pada hari ini menerima suratan yang telah tertulis buat diriku.
   jika merungut seolah-olah aku tidak menerima apa yang telah ditetapkan buatku. jika aku menyesal seolah-olah aku tidak bersyukur atas nikmat yang dikurniaakan padaku.
jangan pernah menyesal jika setiap apa yang diinginkan tidak dapat dikecapi. kerana sesungguhnya Allah yang menyusun atur segala perjalanan hidup kita sama ada berliku-liku atau lurus tidak berbatu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...