jom terjah

Monday, 26 December 2011

first time got asthma

assalamualaikum semua
   apa ceritanya kali ini..? pastinya kali ini kan berkongsi sesuatu yang agak menarik tentang satu penyakit yang di namakan asma..
doktor : biasanya asma hanya akan dialami dari keturunan ataupun genetik yang mengikut ibu bapa.. secara ringkasnya asma hanya akan dihidapi oleh pesakit yang mempunyai kerabat pertalian darah yang memang menghidap penyakit tersebut.
     sambung lagi...
doktor : simptom-simptom awal biasanya dia akan mengalami kegatalan sama ada seluruh badan atau pun hanya pada tempat-tempat anggota tertentu saja. adakalanya juga bintik gatal-gatal seperti ruam kelihatan merah-merah dan mungkin akan boleh besar lagi saiznya.. gatal-gatal tersebut hanya akan hilang dengan sendiri dan tidak akan hilang sepenuhnya dari pesakit kerana sudah pastinya ia pasti akan kembali walaupun ketika itu sudah pulih samada dengan sendirinya atau dengan 1 suntikan atau dengan pengambilan ubat untuk 1 tempoh tertentu..
kegatalan tersebut juga mungkin akan menyebabkan bintik-bintik gatal tersebut tidak akan hilang..dan mungkin ia akan kembali
doktor : faktor-faktor pesakit adalah alergi pada suhu yang terlalu sejuk di mana gatal-gatal tersebut boleh kembali apabila terlalu sejuk.. pembawakan dari gatal-gatal tersebut akan menyebabkan pesakit batuk sesak nafas sakit dada dan seterusnya asma..dan mungkinjuga penyakit lain.. walaupun suntikan diambil untuk mengurangkan kegatalan namun pengambilan ubat perlu diteruskan kerana alahan tiada penawarnya..
kegatalan ini mungkin akan berlaku pada bila-bila masa saja walaupun suhu tidak menentu..
      conclusion is abah's family from the side of nenek, pakcik-pakcik ada sakit asma..mummy's family memang tak ada yang sakit asma..so, genetik ikut abah walaupun abah tak ada asma.. pesanan doktor gatal-gatal memang tak akan hilang dan akan datang kembali bila-bila masa walaupun sekarang da baik.. so, kemungkinan untuk mengalami asma sangat tinggi kerana sudah berada pada peringkat awal...jadi berhati-hati dan jaga kesihatan
      lepas ni memang taak tahu apa akan jadi... doa insyaAllah tak akan ada yang lebih teruk...amiin...
sekadar berkongsi satu pengetahuan baru....:)
sekian wassalam....

Monday, 12 December 2011

4kg??

    assalamualaikum..

4kg?? apa yang 4kg tu kan..kalau nak tahu la kan 4kg tu mestilah berat kan..tapi berat apa dia ye..?ermm apa la agaknya kan 4kg tu..
    sebenarnya mestilah berat badan kan..tapi apa kaitannya sekarang  dalam coretan kali ini kan..nak dijadikan cerita la kan..4kg tu adalah berat badan yang telah turun sepanjang demam yang berlarutan..memang terkejut la kan tahu-tahu saja sudah 4kg turum da..
   paling best la kan, tak perlu lagi nak diet kali ni..sebab mummy pernah kata kalau boleh turun kan lah berat badan sebab takut nanti nampak da tak comel..tak pernah fikir nak diet da turun dulu 4kg..
   sekarng da tak perlu lah kita nak diet ambil risiko yang mana mungkin akan membahayakan diri kita sendiri satu hari nanti..
natijahnya kadang-kadang demam pun ada kebaikannya..sekian coretan kali ini..story pasal berat badan saja..
p/s:kalau siapa-siapa nak turunkan berat badan tak perlu lah lagi nak diet..demam jela kalau nak rasa...:)

Monday, 5 December 2011

pelangi di kala senja (part 1)

"anna, mak bukan tak izinkan kamu dengan dia..tapi...." anna menyampuk kata-kata ibunya, "tapi apa mak?? "mak tak kisah kamu dengan siapa saja pilihan hati kamu....tapi kalau boleh bukan dia." tersentak anna mendengar kata-kata ibunya.. anna cuba menenangkan hatinya dengan menafikan isi hatinya.. "anna bukan mak jahat tak nak setuju tapi kalau betul dia memang keluarga orang tu, mak berat nak bagi" tanya anna "kenapa mak?? kenapa dengan latar belakang keluarga dia?" anna cuba membuat muka bersahaja menutup hatinya yang masih terkedu tidak terkata.
  pertama kali buatnya membuat pengakuan tentang soal hati pada ras, ibunya sudah memberi jawapan yang sanggat tidak diduga. "lebih baik kamu jangan tanya kenapa mak tak izinkan kamu dengan dia.. kamu cari saja yang lain selagi mana ada lagi orang lain.." anna terdiam "mak mungkin akan setuju dan ikhlas menerima pilihan hati kamu kalau memang itu yang kamu mahu"sambung ras lagi. memecahkan suasana yang sepi ras membnerikan sedikit alasan buat menyejukkan hati anaknya, "....mak cuma takut dia akan perlakukan kamu dengan tidak perikemanusiaan, sedangkan dahulunya ayahnya bertindak kejam pada ibunya membuatkan ibunya hilang ingatan" tersentak anna mendengar kata-kata ibunya. bagaikan tidak percaya tragedi itu pernah berlaku dalam hidup insan yang mula bertakhta di hatinya.
   "patut kah aku mencari yang lain sedangkan aku bukan lah sebaik miah yang pantas mendapatkan lelaki yang solah, ditambah aset yang ada padanya tampan dan bijak"detik hati kecil anna...walaupun perkara itu sudah hampir 5bulan berlalu, anna masih lagi terngiang-ngiang mendengar kata-kata ibunya mengenai firdaus..seperti baru saja dia mendengar jawapan ibunya..

                                                                                            akan bersambung part II jika diizinkanNYA....

Monday, 28 November 2011

menempa sayang tiada tandingan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
alhamdulillah hari ini dapat ku sambung semula halaman ini dengan tuntas-tuntas idea yang dapat diluangkan untuk tatapan bersama sebagai satu perkongsian... kelihatan sungguh lama dan mungkin juga agak lama tiada kata-kata yang menghiasi halaman ini dengan satu perkongsian kisah..mungkin disebabkab oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan..
    mungkin halaman kisah hari ini hanya akan berkisarkan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. pengalaman yang sudah pasti tidak dapat dilupakan..ujian yang ku terima kata mummy adalah datangnya dari Allah yang tahu kita mampu menghadapinya dengan baik dan penuh tabah. manakan tidak apabila Allah memberikan ku dugaan 'chickenpox' yang begitu amat menyakitkan dalam usia ku kini 20tahun. kekuatanku adalah mummy dalam menghadapinya memberi ku kekuatan.
   memang benar kasih ibu tiada tandingannya.. manakan tidak, walaupun kelihatan seperti kanak-kanak yang hanya mahu menangis menahan kesakitan namun ku kuatkan juga diri bertahan memastikan kesembuhan akan datang. hinggakan kuliah dan kelas tutorial terpaksa cuti lebih seminggu. dengan berpantang makanan kata mummy mahu elakkan dia semakin gatal dan meninggalkan kesan parut yang agak teruk apabila sudah baik nanti. erm...makananku sudah pastinya mummy la pemantaunya untuk elakkan aku melanggar pantang larangnya..
    wahh...teruk muka ku hingga ada yang menegurku..namun paling best demam setiap hari pergi jalan-jalan dengan mummy and kakak..mummy kata jangan ikutkan sangat sakit dekat muka tu..ada saja hala tuju yang dituju setiap hari..demam sudah semestinya mummy la yang jaga malam-malam kan..walaupun sudah lebih dua minggu aku diuji dan sekarang keadaan ku semakin membaik ada lagi ujian Allah berikan untuk ku mengingatiNYA..selera ku mungkin ditarik nikmatnya oleh Allah apabila apa yang ku makan akan ku luahkan kembali..boleh kurus la macam ni..malah ada saja beberapa jenis masakan yang aku tidak tahan dengan baunya..tidak tahu kenapa..macam apa jela kan..lebih seminggu aku menghadapi masalah ini..makanan seharian ku hanya air kotak 'milo' selainnya sama je jangan cuba-cuba makan atau minum memang perut tak boleh terima..besarnya ujian Allah..hampir setiap hari mummy akan call bertanyakan khabar kesihatanku..
   keadaan di nilai tidak dapat membantu aku memastikan kesembuhan diri ini. kekuatan dan keselesaan yang aku perlukan hanyalah di rumah.. dalam keadaan aku yang masih lagi tidak mampu menjaga dan menguruskan diri dengan baik rupanya mummy juga mengalami keadaan yang sama. namun mummy tetap masih mampu menjaga aku dalam keadaan badannya yang agak lemah seperti ku..sayangnya seorang ibu pada anaknya..
hari ini keadaan ku masih lagi sama dan harapan ku kesembuhan diri ini dan juga mummy...amiin..
    coretan perkongsian hari ini setakat kasihnya ibu saja..sekian...:)

p/s: sebagai seorang anak seharusnya kita menyayangi ibu kita sebagai mana kita menyayangi diri kita sendiri..

Wednesday, 12 October 2011

saat indah

wahhh.... terkenang kembali saat berada di matrik.
   assalamualaikum buat pembaca-pembaca yang rajin 'stalker' blog ni. terima kasih saya ucapakan.

erm...tiba-tiba teringat pula time kt matrik. memang la just for 1 year kt sana. tapi kan pengalaman yang telah di lalui memang saat yang indah sepanjang berada di sana. teringat pada kawan-kawan yang memang best 'gila' kt sana. macam-macam ragam yang memang tak dapat dilupakan sampai saat ini. best dapat kawan macam mereka. setiap hari ada saja bnda baru yang nak dicuba.. memang tak kering gusi bila dengan mereka ni.. yela mana tak nya kan.. asyik nak gelak je setiap masa. sampaikan kalau duduk kat cafe tu memang da tak ada suara orang lain melainkan kami saja yang bergema kat situ masa tu la..

        ni ha mereka-mereka yang selalu mengajar buat kerja 'gila' kat matrik dulu. antaranya la... sebab ada juga yang tercicir tak masuk dalam gambar kan. yela da dia yang snap kan picture ni la.. kami ni kadang-kadang berenam kadang-kadang berlapan kadang-kadang sepuluh pun ada. kalau nak pergi mana-mana memang kena sekali la kan.. kalau ada yang mula macam tak nak join biasanya la kan, mesti kena paksa ikut. pergi cafe, ronda-ronda matrik setiap petang ambil angin hilangkan stress masing-masing, main 'wootball', tenis, bola keranjang, bola tampar naik basikal, jangan terkejut main dekat taman permainan kanak-kanak pun selalu. ada gelongsor buaian, kuda banyak lagi la.. memang best la.. yang pastinya 'outing' pergi kangar setiap minggu adala benda 'wajib' bagi kami nak melaburkan duit kami yang kerajaan bagi dekat 'TS' kangar. mall paling popular la dekat perlis. hahaha....


       gambar ni pula adalah salah satu kegilaan kami time kt matrik tu. suka memenuhkan memori phone orang dengan muka-muka yang perasan comel. hahaha.. memang best la.. bukan ni je.. yang lebih dahsyat pun ada la.. jangan terkejut kalau tiba-tiba ada saja picture yang pelik-pelik nanti kan.. memang rindu sangat pada mereka lepas habis matrik april 2010. lama sangat da kami tak dapat nak menghabiskan masa bersama lagi macam ni. masing-masing mula sibuk dengan u kan..


        erm...memang banyak kalau nak story pasal mereka ni. tapi da tak tahu nak cerita apa lagi. sebab banyak sangat kenangan yang tak dapat kita luahkan dengan kata-kata. hanya memori diingatan yang tak dapat dikatakan menjadi satu perkara dan saat indah apabila dikenangkan kembali.

 

      yang ni boleh kata "pakwe" kita la kan.. hahah... tak adalah.. yang ni yang paling best. semua best.. tapi kalau tak ada dia memang rindu sangat la.. dia la teman paling best yang memang sentiasa ada di sisi saat kita kesusahan. time senang memang tak payah kata la.. ada je dekat sebelah.. hahah..sayang sangat kat dia..


tengok ni kalau di suruh bergambar tak payah dipaksa.. memang nak je..

     banyak perkara yang sukar dilupakan samada manis mahupun kenangan pahit yang pernah kita lalui. yang pastinya setiap dari kita pernah mengalaminya. sekian saja coretan yang terlintas di fikiran.
                          wassalam..

Thursday, 6 October 2011

mereka yang istimewa

diam-diam masa yang berlalu begitu cepat. tidak ku sangka hampir 5 tahun kami bersama sebagai kawan baik. buruk baik perangai masing-masing bukan jadi penghalang untuk kami lebih mesra. asalkan ada saja 'story' baru nk cerita semua pasang telinga nak dengar. kutuk-kutuk pun semua depan mata. tak adalah main tikam belakang. happy sama-sama, sedih pun nak sama-sama. nampak macam best kan.
      pengalaman kami bersama memang tak ada tandingannya. biasalah manusia ada saja ragam masing-masing. kadang-kadang ada juga yang membuatkan kita rasa menyampah ke tak suka kan. tapi dengan dia orang ni suka tak suka belakang cerita, yang penting baiknya. kalau boleh terima kekurangan kita mesti tak ada lagi yang nak dikisahkan kan..
     menangis sama, merajuk sama, marah semua kena sampaikan pergi 'toilet' pun semua sekali. perempuan kan pun namanya kan. best je bila terkenang balik pengalaman kami bersama. memang kalau nak suruh 'story' balik penat la... memang tak habis la kan. ada saja yang membuatkan kita ketawa bila teringat balik.
     perjalanan 5 tahun kami bukan lah satu tempoh yang pendek or sekejap.. rasa je macam sekejap. hakikatnya lama tu. dan tak sangka pula ada antara kami bakal menjejak kan kaki ke alam perkahwinan tak lama lagi.. setahun dua lagi kot.. alhamdulillah.. semua Allah permudahkan persahabatan kami walaupun kami berbeza dan berjauhan. bersyukur sebab dikurniakan kawan-kawan baik yang sangat memahami. ada saja bila kita mesra dengan orang mereka akan mengata kekurangan kita. namun mereka ini tidak pernah buat perkara sedemikian. ada pun kekurangan sanggup diterima dengan cara yang baik.
     kawan yang sangat sejati. belum pernah lagi jumpa yang macam mereka selepas mereka. alhamdulillah atas kurniaan Allah.

Wednesday, 28 September 2011

hikmah kurniaan

alhamdulillah
setelah agak berbulan lamanya tidak ku jenguk blog ini apa yang sudah berlaku hari ini dapat juga meninggalkan sedikit coretan dari hati.

bagai bunga segar di pagi hari bahagianya hati ini apabila melihat kegembiraan best friends ku saat-saat ini.
tumpang gembira buatnya apabila akhirnya sudah dipinang orang dan bakal menjadi suri dihati insan istimewa itu tidak lagi lagi. insyaAllah....
tumpang gembira juga buat rakan-rakan yang lain yang sedang berbunga hati masing-masing..
insyaAllah segala urusan akan dipermudahkan Allah.
segala yang perit dan pahit dahulu Allah berikan ganjaran yang berlipat kali bahagia buat rakan-rakan ku.

bersyukur juga pada hari ini dapat ku jalani hari-hari ku seperti biasa selepas berjaya menghadapi ujian yang besar dariNYA.. alhamdulillah kesakitan hati sudah lagi tiada dan semuanya dapat dikawal.
    kesabaran membawa keberkatan dalam setiap pekerjaan.
insyaAllah hati ini akan lebih tabah menghadapi dugaan Allah selepas melihat kegembiraan best friends ku..

sekian saja coretan buat kali ini.
wassalam.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...